Followers

petua untuk menjadi sempurna dimata lelaki

seringkali aku perhatikan
dunia sekarang penuh dengan
pasangan couple
ta payah jauh
kat kolej aku pon
berlambak
pasangan couple maple ni
istilah couple takkan boleh jauh dari kita sendiri
tapi didalam kita bercouple 2
adakah kita sudah menjadi
yang tersempurna
dimata lelaki?
buat para gadis
jangan biarkan mata lelaki anda
melilau kearah gadis lain
hanya kerana
si dia tidak menemui
kesempurnaan
kamu
dimata dia


Petua berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna di mata lelaki :


  • Sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  • Berperwatakan menarik dan lemah lembut.
  • Jujur dan sentiasa merendah diri.
  • Lakukan apa yang dia suka.
  • Pandai menarik minat lelaki.
  • Jangan terlalu mengongkong.
  • Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  • Jaga cara penampilan atau pemakaian anda.
  • Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang.
  • Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempuan murahan.
  • Jangan bersikap selalu jual mahal.
  • Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  • Tidak mudah putus asa dan berdikari.
  • Elak bercakap benda yang tidak berfaedah.
  • Jangan bandingkannya dengan lelaki lain.
  • Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  • Jadi pendengar setia bukan membangkang.
  • Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
  • Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  • Mengetahui tarikh lahirnya.
  • Menghormati dirinya, keluarga dan teman rapat.
  • Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.
  • Jangan terlalu menunjukkan kegembiraan yang amat sangat ketika bertemu dan berbual dengannya.
  • Bersikap feminin dan elak terlalu ganas dalam pergaulan.
  • Elak menunjukkan anda terlalu baik atau sempurna.
  • Jangan perasan anda jelita.
  • Sentiasa sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan.
  • Bersikap keibuan.
  • Ketahui mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
  • Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum memulakan langkah memikat.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
  • Jangan bersikap terlalu kuno.
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  • Jangan melampau, nanti lelaki meluat dengan anda.  ~~rp



"  SELAMAT MENJADI YANG TERSEMPURNA DIMATA LELAKI ANDA "

2 comments:

Izyan Masri said...

KIHKIH.TAK PANDAI AA NAK ROMANTIK.MCM NI :D

ai aizura said...

xpayah romantik dear...
jadi diri sendiri jepp...))