Followers

Aku, Engkau dan 'Kita'



Engkau. 
Seorang lelaki. Ada wajah yang tampan. Ada hati yang baik. Ada suara yang macho. Dari luaran, sesiapa yang melihat, pasti akan tertarik hatinya.
                    
Aku. 
Seorang perempuan. Ada wajah yang comel. Yang pasti hati ini pernah ada perasaan terhadap Engkau. Pernah sayang dan rindukan kau setengah mati.

Kita. 
Pernah ada kata ‘kita’ antara Aku dan Engkau suatu masa dulu. Aku menanam impian kita bisa ketawa bersama menangis bersama bahagia bersama hingga akhirnya.

Silap. 
Semua orang pernah buat silap. Aku leka, aku terbuai dengan masa indahku bersama orang sekeliling hingga terabainya Engkau. Dan Engkau pergi.

Dia. 
Seorang perempuan. Berwajah cantik. Aku memuja dia dalam diam. Dia tempat Engkau meluah rasa, menanam cinta saat Engkau pergi tinggalkan aku. Entah kenapa, Dia pula tinggalkan Engkau sendirian.

Aku. 
Perempuan yang tidak mudah melupakan orang yang aku sayang. Sambut kedatangan Engkau bila Dia pergi meninggalkan Engkau. Masih berharap kita bisa ketawa bersama menangis bersama bahagia bersama hingga akhirnya.

Tapi, 
aku masih tidak dapat membaca apa sebenarnya yang kau mahu. Aku Engkau dan Kita. Masihkah akan wujud seiringnya impian aku yang mahukan ,
ketawa bersama menangis bersama bahagia bersama hingga akhirnya.?