Followers

D.A.R.A.H

ahaha
mulakan dengan gelak dulu
eh, silap lha pulok
erk,
na story mory sikit pasal
darah ni
korang pernah derma darah ta?
aku?
PERNAH...!
pagi tadi
akhirnya aku berjaya gak
mendermakan 
sedikit darah aku
kepada orang
yg mungkin
memerlukannya nanti
before derma tu,
call my mum
" helo mak, watpe 2?"
" mak ng tolong kemas uma abang ni, kenapa deq?"
"adik na derma darah, bole?"
" ta payah la..muda2 dah na derma, nanti2 jek..!"
"alaaa, nape?"
"nanti kalau mak kurang darah. sape na bagi mak darah?"
HAHA
gelak besa aku,
selalunya lau mak aku kap ta bole,
mksudnya memg ta bole la
tapi disebabkan
aku memang ta pena na dengar cakp dia,
( ta slalu oke. kadg2 je ta dga cakp dia..)
aku pon pergi aa derma darah
sebab memg dari semalam
da excited gila pork na 
p derma
ucapan takziah diberikan kepada
ANA dan NIK
kerana ta berkesempatan
untuk mendermakn
darah
cuba lagi lain kali oke
ucapan tahniah pula diberikan kepada
AKU dan ZAHIM
kerana berkesempatan menderma darah
hehe


tujuan menulis pada hari ini
adalah untuk menshare sedikit
perihal
kelebihan menderma darah ni..
ini lah kelebihan orang yang menderma darah
macam saya...!
-__-
mari2...mari2

1. pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. secara tidak langsung boleh meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik dari sel lama.
( ouh, patot lha aku rasa AGRESIF SEMACAM JEK...ahaha)

2. si penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan yang baik ( kan b4 derma darah, kite kene cek tahap kesihatan kita, so bila aku bole derma darah, means, AKU ORANG YANG SIHAT...! korang pon sihat bila derma darah macam aku...)

3. mendapat bekalan PAHALA yang BERPANJANGAN...! (darah yang kita bagi tu kan nak bagi kat orang2 yang ta cukop darah..so, bukan kah kita telah menyelamatkan nyawa seseorang..? kesian taw kat mereka yg xda darah tu..!

4. dapat makanan free...! ahaaha..!  tapi mesti ada yang cakap, " ala setakat air kotak gan karipap. macam aku tak mampu nak beli..." wei, lau da kebulur tahap gaban, makan jugak kan makanan free 2...!?
( tapi, 2 bukan faktor utama aku derma darah oke...!)

kalau ade kelebihan mesti ada kekurangan kan?
ini adalah mitos manusia2 perihal menderma darah

1. " kalau ko derma darah, nanti ko gemok...!" mesti cakap cmni kan? kawan aku pon cakap cmni gak tadi..diowg cakap cm2 sebab diowg tataw pape pon sal derma darah ni..sebenarnya nnti nurse akn bagi korang makan ubat. antara ubat yg biasa nurse bg ialah FOLIC ACID, VITAMIN B DAN IRON TABLETS. 
ubat2 yang diowg bagi tu sebenarnya nak gantikan bilangan sel darah merah yg korg da derma tadi. secara tidak langsung, korang akan TERbanyak makan dan berat korang akan BERtambah naik..( tapi aku ta dapat pon ubat 2, dan yg paling penting, aku ta selera makan pon pas derma tadi?? tipu ea..!)

2. korang akan rasa pening after derma darah...( helo? aku ta pening pon? siap bole gelak berdekah2 lagi..)


disini,
aku cadangkan korang2 yang takot
nak derma darah tu
p jela derma darah
sakit sikit jek..!
n tak kurang ape2 pon oke
dapat pahala lagik
so, marilah kita menDERMA DARAH...
bukan menDERMA DARA oke...!

No comments: