Followers

cikgu ouh cikgu~ JASAMU DIKENANG

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979




ini adalah sajak yang paling aku benciMINAT GILER2..bagi aku sajak ni macam ade NYAWA..hehe

sekarang umur aku 19tahun
kalau dikira pakai jari tak TERKIRAlah jumlah insan yang bergelar CIKGU 
yang telah pun mengajar aku sedari tadika hinggalah di kolej sekarang ini.
Sajak diatas dedikasi khas untuk para cikgu yang telah mengajar aku antaranya

1. Cikgu Juriah ( tadika)
2. Cikgu Kintan Binti Ahmad ( darjah 1)
3. Cikgu Monaliza ( darjah 2 )
4. Cikgu Zalilah ( darjah 4)
5. Ustazah Rubiah
6. Ustaz Asri
7. Sir Mahendran
8. Cikgu Johan
9. Cikgu Rosman
10. Cikgu Khairul Anuar Bin Rahemi
11. Cikgu Asiah ( menengah )
12. Ustazah Sarinah
13. Ustazah Mahanom
15. Ustaz Muliade
14. Cikgu Misran
16. Cikgu Rahizon
17. Sir Adham ( kolej )
18. Ustaz Nizam
19. Sir Fauzi
20. Miss Puteri Norani
21. Madam Syahida
22. Miss Akmal
23. Sir Johari
24. Madam Zaliha
25. Madam Pazila
26. Sir Azwan
27. Madam Siti Nursamawati 
28. Madam MazMaisura

actually, ramai lagi para cikgu yang telah mengajar aku. tapi ini adalah segelintir nama2 yang sentiasa tersemat dihati disebabkan beberapa perkara @ insiden yang membuatkan aku paling tak bole lupa nama2 mereka..

SELAMAT HARI GURU
KEPADA SELURUH
GURU,CIKGU,SIR,LECTURERS
JASAMU SANGAT3 DIKENANG

No comments: