Followers

lelaki kurang kualiti? betul kot...

cerita pasal suami pukul isteri, dera isteri, poligami isteri, jual isteri..SEMUANYA berkaitan lelaki.
paling berkesan sekarang, bila belah 'atas' mahu menyokong suami yang berpoligami. siap bagi subsidi.  Sebenarnya aku dah naik muak dgn cerita poligami ini, tetapi aku tak mahu terlepas untuk membaca dan mengikutinya. Sekadar menjadi pedoman.


Paling aku menyampah dengan suami yang dah beranak pinak tetapi masih nak kahwin lagi. ( berlaku depan mata sendiri ) Walaupun Islam menghalalkan, tetapi pada aku mereka yang mengamalkan poligami zaman sekarang ni tidak mengikut sunah nabi. Mereka berkahwin lebih dari satu semata-mata ikut nafsu. Tetapi mungkin bagi sebahagian orang je la.

Sebab apa aku cakap macam nie?? ini sebab ramai lelaki zaman sekarang kurang bertanggungjawab. mereka mahu hidup senang tak mahu masalah dan suka lepaskan apa juga masalah kepada isteri untuk selesaikan.

Pada aku, si wanita tidak akan terjebak dengan suami orang kalau si suami orang tidak memulakan..its true.

Kesimpulannya, kebanyakan lelaki melayu zaman ini bukanlah ketua dan pemimpin tempat anak isteri bergantung, kerana kebanyakan mereka jenis yang kurang berkualiti. Ini kenyataan bukan pembohongan...

aku teringat pepatah orang tua-tua zaman dahulu yang mendakwa 'perempuan pisau cukur' tapi zaman sekarang perkataan itu sudah terbalik jadi 'lelaki pisau cukur'.

Sebagai contoh, orang lelaki ini, baru kenal dah pandai minta tolong, mulalah buat muka sedih, cerita masalah itu masalah ini, mulalah minta pelbagai jenis bantuan. Perempuan yang tak sedar diri, bila nampak pak we minta tolong, mulalah sangka lelaki itu sukakannya, mulalah hulur bantuan. Banyak duit ringgit habis pun mereka masih tak sedar diri, hinggalah mereka ditinggalkan kekasih baru menyesal kan.... lumrah kehidupan...

Bayangkan lelaki zaman ini, baru kenal dah mula minta tolong top-upkan telefon, lepas tu mulalah hantar sms je, paling tidak missed call je dan minta kekasihnya yang telefon... Itu baru 2,3 hari kenal..masuk seminggu mula pinjam duit. kalau ajak keluar berjalan minta perempuan belanja.. Konon duit hantar balik kampung kepada emak, tunjuk baik konon.. Tapi sebenarnya nak kebas duit perempuan.. lelaki jenis apa tu?!

Lagi teruk bila ada trend lelaki zaman ini, kalau nak kahwin kene cari gadis ada kerja tetap, gaji lebih tinggi daripada dia supaya dia boleh lepas tangan, tak perlu bagi nafkah kepada isteri, silap-silap isteri boleh tanggung suami sekali..

Zaman sekarang ramai lelaki yang tidak ketahuan hidupnya kalau tak ada isteri. Berbeza dengan wanita, hidup mereka lebih sempurna walau tidak kahwin..

Bagi perempuan, janganlah mencintai atau bercinta dengan suami orang!!! jangan kerana takut digelar andartu, kita sanggup menerima mana-mana lelaki termasuk suami atau bapa orang.. dan lelaki yang tidak ada pekerjaan tetap.. terimalah lelaki yang dapat menjaga,, menjamin hidup dan melindungi kita walaupun dia hanya bekerja biasa asalkan kerja tetap...

lelaki yang benar-benar sayangkan kita, akan menjaga kita, akan bertanggungjawab bukan sahaja kepada kita bahkan kepada keluarga kita juga..

Pesanan kepada kaum hawa, janganlah buta bila bercinta.. jangan tenggelam dengan janji-janji manis yang digulakan oleh lelaki.. dan merelakan diri diperalatkan untuk kesenangan lelaki..

memang tak semua lelaki melayu macam tu tapi suah nak cari yang benar-benar berkualiti macam zaman dulu... aku tak salahkan lelaki seratus peratus sebab aku juga bakal mendapat pasangan yang terdiri dari kaum lelaki..tetapi sama-sama la kita beringat..

kepada lelaki ubahlah sikap anda...sama seperti kami yang cuba menjadi terbaik...

*wink wink*


6 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

betul3~ jgn ditipu oleh lelaki.. sia2 je.. jgn buta sbb cinta.. ^_^

Anonymous said...

ngeeeeeeeeeeeeeeee takot kene tipu^^

QuEdEaN said...

x semestinya, depends pd sikap individu tersebut :) peace! ahahaha

ai aizura said...

@NuSaNa NoSa 91

tulah kan..kite yg kadg2 buta sebb cinta tp selalu salahkan cinta pai cakap cinta tu buta..uhuk

ai aizura said...

@el-janna

hati2 jela..skg lelaki nie, erk...no komen..! ahaa.

ai aizura said...

@QuEdEaN

aah, memg ta sume same,, SESETENGAH jek..but tetp kena aty2..ehee