Followers

taknak membesar boleh tak...


Dulu, saya nak cepat-cepat jadi besar

Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita

Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.

Lama-lama, baru saya perasan..

Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul


Saya ingatkan best jadi orang besar ni

Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi dah budak kolej

Dulu saya buat karangan "Aku Sebatang Pen" 
tapi sekarang dah buat assignment yang berpuluh2 mukasurat

Rupa-rupannya...

Jadi orang besar ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah
Banyak essay nak kene tulis
Banyak pakai duit
Tak boleh emosional tak bertempat
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la 
kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

tapi tiba2 saya tersedar 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." 
(Surah Al-Baqarah; 286




jadi, saya kena jalankan tanggungjawab saya
sebagai khalifah dibumi Allah
dengan sebaiknya



5 comments:

mr.dinie said...

jdi dewasa kureng best..nk patah balik mase..huhu

miss aiai said...

@mr.dinie

kalau lah boleh diundur,
mesti aiai na undur masa jugak.
ehehe

KAMIHIDUP said...

kalau tak besar nanti takde cabaran aiai. :)

miss aiai said...

@KAMIHIDUP

haha, kan3..
tapi penat la setiap hari kene ngadap cabaran..

Ezad Skytech said...

byk cabaran yg kena lalui bila da jadi dewasa ni...heee~