Followers

Tewas Tapi Melawan (MALAYSIA 3 - LIVERPOOL 6)


SEPARUH MASA PERTAMA

Joe Cole hampir nak dapat gol di minit ke 17 tapi pertahan Harimau Malaya bijak membuat perangkap offside...
Liverpool dapat penalti di minit ke 25 setelah pemain Liverpool bijak menjatuhkan badan di masa yang tepat dan gol
Muslim Ahmad menanduk bola keluar bagi menyelamatkan gawang Malaysia pada minit ke 31.
Minit ke 38, Abdul Hadi Yahaya dikeluarkan dan digantikan dengan Izzaq Fariz.
Minit ke 40, Amar Rohidan dikeluarkan dan diganti dengan Gurusamy.
Malaysia dapat gol melalui sepakan percuma yang disempurnakan oleh kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim di minit ke 43.
Minit ke 46, Malaysia hampir dapat gol dari tandukan Badrol Baktiar hasil dari sepakan percuma Safiq Rahim.
Penghujung minit ke 47 Syafiq Rahim hampir mendapatkan gol untuk Harimau Malaya dengan sepakan percumanya. 
Minit ke 48, tamat separuh masa pertama Kedudukan 1- 1.




SEPARUH MASA KEDUA


Minit ke 55, Malaysia sedaya upaya bersaing dan bertahan dengan Liverpool.
Minit ke 57, Malaysia membina serangan di flanker kiri.
Minit ke 59, serangan Liverpool berakhir dengan sepakan gol Khairul Fahmi.
Minit ke 62 malaysia membuat dua pertukaran.
Minit ke 63 Malaysia membuat percubaan ke pintu gol Liverpool dan nasib baik aje diselamatkan oleh penjaga gol.
Minit ke 64, Khairul Fahmi bijak menutup ruang percubaan dari diambil kesempatan oleh pemian Liverpool.
Minit ke 67, pertahan malaysia bijak menyekat serangan Liverpool.
Penghujung minit ke 67, bola yang cuba dikeluarkan oleh pemain Malaysia terkena pemain malaysia yg lain dan pemain Liverpool "bijak" mencuri ayam menyumbat gol.
Minit ke 69,Liverpool dapat satu lagi gol.
Minit ke 72, serangan Malaysia ke kawasan penalti liverpool dihalang oleh pertahanan Liverpool.
Minit ke 73, pertahan Malaysia pula cekap menolak bola ke kawasan selamat.
Penghujung minit ke 74, gol malaysia dibolosi liverpool... nampaknyaKhairul Fahmi belum betul-betul "panas" dan bersedia pada perlawanan ini.
Penyerang Malaysia hampir mendapatkan gol kedua Malaysia tetapi bola rembatan pemain Malaysia itu ditepis oleh penjaga gol Liverpool dalam minit ke 76.
Penghujung minit ke 78, Safee Sali menjaringkan gol kedua Malaysia hasil hantaran pemain sayap kanan Malaysia.
Minit ke 80, malaysia menggandakan asakan ke Liverpool.
Safee Sali menjaringkan gol ketiga malaysia pada penghujung minit ke 82. 
Sepakan percuma Liverpool pada hujung minit ke 83 terkena benteng Malaysia.
Minit ke 84 Malaysia hampir menjaringkan gol di sebelah kiri Liverpool.
Malaysia dapat sepakan percuma di kawasan sendiri setelah terjahan ganas oleh pemain Liverpool jersi nombor 7.
Malaysia hampir juga menjaringkan gol dari sepakan penjuru pada minit ke 86.
Liverpool dapat gol ke lima pada pertengahan minit ke 90.
Minit ke 92, Khairul Fahmi dapat menahan percubaan jauh Liverpool.
Malangnya pada penghujung minit ke 93, percubaan Liverpool terkena tiang kiri gol malaysia dan bola masuk ke gol. 
Pengadil perlawanan meniup wisel penamat pada minit ke 94

tewas tapi melawan

SKUAD bola sepak kebangsaan tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Begitupun, aksi melawan anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu wajar dipuji apabila mereka tampil lebih agresif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada Rabu lalu. Keenam-enam gol Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam, David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2) dan Dirk Kuyt.
Manakala skuad kebangsaan membalas tiga gol menerusi kapten, Safiq Rahim dan dua jaringan penyerang sensasi, Safee Sali.
Rajagobal melakukan empat pe- rubahan pada kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan Shar- binee Allawee Ramli, Muslim Ahmad, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Hadi Yahaya. Liverpool pula yang dikemudikan oleh penolong pengurusnya, Steve Clarke selepas Kenny Dalg- lish terpaksa pulang awal ke England, membuat enam perubahan berbanding kesebelasan ketika menewaskan Guangdong Sunray Cave 4-3. Kedudukan babak pertama terikat 1-1 setelah sepakan penalti Adam pada minit ke-25 berjaya di- padam oleh sepakan percuma Safiq yang menewaskan Brad Jones minit ke-42.
Skuad kebangsaan bermula baik pada babak kedua tetapi kelalaian benteng pertahanan membenarkan Ngog mudah meledak dua gol pada minit ke-67 dan ke-68 mene- waskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat.
Ketinggalan 1-3, Rajagobal memasukkan Safee pada minit ke-69 dan percaturan itu ternyata berhasil apabila penyerang Pelita Jaya itu berjaya meledak dua gol. Terdahulu Liverpool berjaya menambah gol keempat menerusi sentuhan Rodriguez pada minit ke-74.
Bagaimanapun semangat para pemain negara kembali melonjak apabila Safee menjaringkan gol kedua pada minit ke-78. Ia berpunca daripada kegagalan penjaga gol gantian Liverpool, Martin Hansen menangkap kemas bola rembatan Amirulhadi Zainal. Tiga minit kemudian, Safee merapatkan kedudukan 3-4 apabila pantas menyudahkan hantaran leret Rizal Fahmi Ab. Rosid untuk menewaskan Hansen buat kali kedua. Namun harapan untuk melihat Harimau Malaya bangkit menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila kelekaan barisan pertahanan sekali lagi dihukum pada masa kecederaan. Rodriguez menjaringkan gol kelima Liverpool pada minit ke-90, manakala Dirk Kuyt melengkapkan gol keenam minit ke-93.

p/s : setidak2 aku boleh berbangga dengan pencapaian Harimau Malaya. even kalah, tapi sekurang2 mereka boleh bagi kite 3 gol..its oke kan.. TAHNIAH HARIMAU MALAYA....!
( sumber

No comments: