Followers

saya dah cukup cantik ke sekarang??


assalamualaikum
hye bloggers handsome dan cantik

ini kisah cinta berdarah


Girl: Hi !
Boy: Umm... hi.. 
Girl: Saya sebenarnya dah lama nak bagi tahu awak sesuatu...
Boy: Umm..apa dia?
Girl: Saya betul-betul suka dekat awak.. dan saya....saya rasa...saya dah jatuh cinta pada awak..!
Boy: err...OK..
Girl: Apa maksud awak dengan "OK"?
Boy: Saya tak sukalah awak macam ni..
Girl: kenapa tidak? 
Boy: nantilah saya bagi tahu awak..


Sejak dari tu, girl asyik tanya pada boy "Kenapa?" bila setiap kali die jumpa boy.. Tetapi boy asyik jawab jawapan yang sama.."nanti lah saya bagi tahu awak.." Sampai akhirnya ,girl tu fedup..

Girl: Saya penatlah dengan semua ni! bagi tahu jela saya kenapa awak tak suka saya?!
Boy: ishh..kau ni betul-betul nak tahu ke??
Girl: ye!
Boy: Sebabnya...kau tu tak cantik,jelik tau tak?! Apa guna keluar dengan perempuan yang tak cantik macam kau ni?! no point! memalukan aku je tau?!
Girl: Tapi...saya...
Boy: Ishh..dah lah! tinggalkan aku sendirian boleh tak?!

Boy terus beredar dan girl tu terduduk menangis. Dia betul-betul kecewa dengan apa yang boy cakap. Kemudian , telefon dia berbunyi..

Girl: Hello?
Mama: Sweetheart? Mama nak awak balik rumah sekarang. Sekejap lagi mama habis kerja mama terus balik rumah okay.
Girl: Alright Maa.
Mama: I love you.
Girl: I love you too, Maa.

Selepas itu , girl tu terus balik rumah dan sampai je dekat rumah , dia terus ke bilik air dan lihat wajahnya di cermin. 

Girl: Aku tak cukup cantik ke.....

Kemudian , girl tu teruskan kerja dia , dia dah tahu apa yang patut dia buat. 2 jam kemudian , Mama girl sampai rumah dan dengar bunyi air dari bilik mandi. Mama girl terus naik ke tingkat atas dan terkejut tengok sepanjang hall dah basah dengan air yang datang dari bilik girl. 

Mama: Honey? Okay tak ni??

Mama girl rasa tak sedap hati terus buka pintu bilik girl dan.........dia sungguh terkejut. Air mencurah-curah atas lantai dan air tu berwarna MERAH!  Mama girl terus masuk ke dalam dan dia menjerit ketakutan. Disitu...dia terlihat anak gadis kesayangannya sedang terbaring dipenuhi darah akibat torehan pisau di seluruh muka. Mama girl bergerak ke belakang dan ingin bergegas untuk menghubungi polis tetapi...dia terpandang sesuatu di cermin...
Ada tulisan yang ditulis dengan darah.. walaupun tulisan tu tak jelas tapi mama girl masih dapat baca...  

" boy, bagaimana sekarang? saya dah cukup cantik ke?"

___________________THE END____________________

please la sayang, "Dont judge a book by it's cover" . jangan menilai seseorang dengan kecantikan luaran mereka sahaja, tetapi nilailah juga kecantikan dalaman mereka kerana itulah yang lebih kekal abadi.

And even kita di'reject' oleh seseorang yang kita cinta sekalipun ,janganlah sampai rosakkan diri.berdosa hukumnya kalau kita zalimi diri sendiri. teruskanlah kehidupan. mungkin esok,akan hadir seseorang yang lebih baik untuk kita. Allah lebih mengetahui.=)



disebabkan terpikat, aku hanya reblog kembali
credit to dear yayah

1 comment:

Ku Azhar said...

terbaekkk!! serious sedih bc nie T_T