Followers

waktu paling indah dalam hidup

assalamualaikum 
hye bloggers handsome dan cantik

Perjalanan hidup kita di dunia ni sebenarnya singkat jek bila-bila masa Allah boleh jemput kita datang mengadapNya, tapi dalam sesingkat kehidupan kita tu pasti akan terselit waktu2 indah dalam hidup kita. betul tak?

Antara waktu-waktu yang boleh dikatakan paling indah yang akan dialami oleh setiap orang dalam hidupnya adalah waktu waktu sekolah, waktu universiti,  waktu pekerjaan, waktu perkahwinan dan banyak lagi. Setiap dari waktu-waktu ini mempunyai kenangan yang berbeza-beza kepada setiap orang yang pernah mengalaminya. Anggap sahaja korang semua berada dalam setiap waktu yang aku nyatakan, pasti korang akan tersenyum sendiri mengingatkan detik2 itu kembali. jom mulakan ~
1.  Waktu sekolah

selalunya waktu sekolah nilah yang paling indah dalam hidup, langsung tak boleh nak lupakan, sebabnya disekolahlah kita belajar macam2, belajar jadi baik, dan tak kurang juga belajar jadi jahat. Dan tak lupa juga, di waktu sekolah juga kita berjumpa dengan cinta monyet kita ( macam aku, ehee). Zaman sekolah juga mengajar kita bagaimana cara kita nak menguruskan diri kita dengan keadaan sekeliling, maksud aku cara kita berinteraksi dengan rakan2, guru2 dan sebagainya. Memang terindah zaman persekolahan, hal yang aku masih ingat sampai sekarang, masa tu aku darjah 6 sewaktu rehat aku lepak dengan ustaz sambil tengok budak2 darjah satu main lari2 dekat taman, then ustaz cakap, "itulah kenangan, dulu masa awak darjah satu, awak pun macam mereka, tapi percayalah, satu hari nanti, pasti awak akan merindui zaman kanak2 awak kerana zaman persekolahan adalah hal yang paling indah dalam hidup kita. "
2. Waktu universiti / kolej
Waktu universiti juga merupakan antara waktu yang paling berharga dalam hidup kita sebab waktu kat universiti inilah korang akan mula duduk berjauhan dari ahli keluarga yang lain dan mula belajar untuk hidup berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga lagi. Tapi kalau macam aku, kolej aku dekat jek dengan rumah, jadi aku tak bersikap berdikari lagilah, huh ~. Waktu belajar di peringkat yang lebih tinggi ni sangatlah berlainan dengan waktu belajar di sekolah. tapi percayalah korang akan sangat2 merindui zaman ini apabila korang meninggalkannya kelak. Dan tak kurang juga disini, akan berjumpa dengan soulmatenya, cehh~.
3.  Waktu pekerjaan
secara ikhlas dan jujurnya memang aku belum sampai tahap ni pun sekarang. tapi dengan izin Allah, tak lama lagi aku akan memasuki alam pekerjaan pula. Oke, mengikut kata yang sudah bekerja, ada yang mengatakan zaman inilah zaman yang sangat seronok sekali kerana dizaman ni kita akan merasai hasil titik peluh kita setelah bekerja sehabis baik untuk menampung hidup. yela, zaman ni bukan boleh mintak duit dekat parents lagi tapi kita pulak yang akan beri duit kita kepada mereka. Apa yang paling menarik, takde lagi tugasan yang memenatkan otak kita, tapi jangan kata waktu kerja takde tekanan. Tekanan tu ada dimana2, cuma tahap dia saja berbeza dengan tekanan sewaktu kita belajar dulu.
4. Waktu perkahwinan
            
 Ini aku suka, gatai sungguh..! Setiap orang pasti ingin merasai nikmat perkahwinan. betul tak? Pernah terjadi dalam hidup aku bila seseorang cakap " kalau aku tahu kahwin ni besh, lepas SPM aku dah kahwin, " aiyaak, betul ke? entah, takde komen (macam retiss pulak ) Sebenarnya, perkahwinan adalah fitrah semulajadi manusia. Waktu alam perkahwinan adalah waktu paling indah dalam hidup bagi yang telah mengalaminya kerana ia adalah satu lembaran baru dalam hidup mereka. Kalau sebelum ini, mereka hanya hidup seorang, namun selepas berkahwin, segalanya dikongsi dan dibuat berdua. Mungkin disitu timbulnya keseronokan. Bagi korang yang telah berkahwin sudah tentu korang tahu kebahagiaan sebenar alam perkahwinan. Kepada yang masih single macam aku rasanya dah boleh merancang perkahwinan bermula sekarang dan bolehlah bertanya kepada mereka yang telah berkahwin tentang kebahagiaan sebuah perkahwinan.
Setiap orang pasti akan merasai kesemua waktu-waktu indah ni jika berkesempatan dan diizinkan olehNya. Korang juga pasti mempunyai cerita dan pengalaman masing-masing yang tak dapat dilupakan sepanjang kehidupan yang pernah lalui kan? Seronok taw bila dapat mengimbau kenangan-kenangan indah, manis dan tidak kurang juga kenangan pahit yang dilalui sepanjang hidup ini.  Namun, itulah realiti, selalunya kita akan hidup dengan pengalaman yang dah kita lalui.
Tidak kiralah waktu mana paling indah yang menjadi pilihan diri kita, yang pasti kesemua waktu-waktu tersebut mempunyai kenangan-kenangannya yang tersendiri yang akan tersimpan dalam diri kita sampai bila-bila. Tak kiralah kenangan manis mahupun pahit, yang pastinya kenangan-kenangan inilah yang banyak mengajar diri kita tentang erti kehidupan dan menjadikan siapa kita pada hari ini. Inilah yang dinamakan suka dan duka kehidupan. Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Allah kepada kita dan mempunyai hikmah disebaliknya.
nota kaki : tak semua kenangan kita boleh lupakan, simpanlah ia kerana kadang2 ia perlu untuk kita ceritakan kepada generasi kita akan datang~

2 comments:

SoLy SoLicious said...

paling suke, zaman kanak2..heee

miss aiai said...

@SoLy SoLicious

zaman kanak2 memg yg terbesh <3