Followers

cinta itu milik kita ( BAHAGIAN SATU)

Izara duduk sendirian di rumah. Bosan menunggu kepulangan Encik Malik dan Puan Aidah yang tak kunjung tiba, dia mengambil keputusan untuk online laman social Facebook. Itulah rutin harian Izara Aisya. Gadis sunti milik Encik Malik dan Puan Aidah. Gadis kecil molek yang mempunyai raut wajah manis apabila tersenyum.

Broadband Celcom di meja kecil berhampiran katil diambil lalu dipasangkan di port usb laptop HP kesayangannya. Tak sampai beberapa minit, Izara sudah siap sedia untuk meng’like’ semua status sahabatnya di laman social Facebook.

News feed home ditatap tajam. Mencari seseorang. Ya dia mencari status seseorang. Senyuman manis Izara  Aisya  pantas kelihatan apabila dia jumpa apa yang ingin dicari. Pantas jari jemari runcingnya menaip sesuatu.

fuyohh, handsome macam Noh Hujan laa kau :D  
        
Tak sampai beberapa saat notifications di sudut tepi keluar, menunjukkan si empunya gambar sudah membalas sapaan Izara. Pantas Izara Aisya pergi ke profile Afiq Aiman dan senyum masih meleret.

Haish, mana ada Ra. Takde pun macam Noh Hujan :) 

Aiyooo, aku cakap rambut kau, bukan muka kau macam Noh Hujan. Haha.

Okay Rara, okay aku faham. Pfffftt*.

Izara Aisya tersenyum lebar. Afiq Aiman adalah bekas kekasih Izara Aisya semasa dia masih berusia belasan tahun. Suka benar dia menyakat mamat tu. Bagai ada sesuatu yang membuatkan Izara Aisya mahu terus menjejaki kehidupan mamat tersebut.

Profile Afiq Aiman ditelek rapi.

In a relationship with Mia Sara.

Eh, bukan masa tu dengan orang lain ke. Gila playboy mamat ni. Tak berubah dari dulu sampai sekarang. Bebel Izara Aisya seorang diri.

Laptop diletakkan ditepi. Disandarkan kepala di dinding lantas memori 5tahun lepas menerjah fikiran Izara Aisya.

**************************************************

 “Eh s**l..! Boleh angkat call aku tak b***h?”

Panas hati Izara Aisya dengan Afiq Aiman. Pujaan hatinya. Sudah beberapa hari Afiq Aiman tidak memberi khabar berita kepadanya.

Pada awalnya Izara Aisya cuba memahami mungkin Afiq Aiman tidak mempunyai kredit. Tapi apabila ditelefon pun tidak diangkat, kemarahan Izara Aisya semakin memuncak. Berbagai cemuhan, makian dilemparkan Izara melalui system pesanan ringkas.

Dia duduk sebentar di tepi pintu utama rumahnya. Menaip sesuatu di handphone nokia butterflynya.

“ Buat dajal eh dengan aku. Kau ni memang s**l lahh. Aku call please angkat, kau taknak aku, tak payah la buat aku macam ni, b*****t…!”

Izara Aisya berdiri sambil membuat panggilan ke Afiq Aiman.

Lama dia tunggu barulah Afiq Aiman menjawab panggilan.

“ Eh b***h apesal dengan kau. Message tak reply, call tak angkat?”
“ Izara…!! Mari sini tolong abah angkat barang…!”

Lamunan Izara Aisya terhenti. Lama dia melamun sehingga tak perasan Encik Malik dan Puan Aidah sudah balik.

“ Amboi, banyaknya beli barang abah? Nak buat kenduri ke apa?”

“ Kenduri apanya. Anak abah kan kuat makan, sebab tu beli banyak barang. Senang. Nak ambil je kat dapur, kannn.”

Puan Aidah tergelak mendengar balasan si suami terhadap pertanyaan anak tunggal kesayangan mereka.

***********************************************

“ Mak, minggu depan adik balik hari Sabtu kot. Jumaat tu nak keluar dengan kawan.”

“ Berjalan je yang kau taw dik. Duit elaun tu jangan di habiskan. Nanti kalau nak sambung belajar kan boleh guna. Hah, banyak lagi tak duit elaun tu?” tanya Puan Aidah.

Izara Aisya hanya mampu tersenyum. Apa yang patut dijawab sedangkan kalau tak silapnya duit elaun bulanannya tinggal sikit sahaja. Habis dibuat shopping bersama rakan kolej.

“ Tak payah la senyum. Dah faham dah. Jangan main duit sangat dik, mak suruh belajar kan.”

“ Haaa, dah sampai. Jauh betul kolej adik ni dengan rumah kan mak.”

Dihadapan mereka sekarang tersergam indah sign board Kolej Profesional Mara Bandar Penawar. Tempat belajar Izara Aisya. 15minit perjalanan dari rumah ke kolejnya.


Kolej Profesional Mara Bandar Penawar. Mengambil masa setengah jam untuk sampai ke Bandar Kota Tinggi. Dan juga berdekatan dengan Pantai Desaru yang agak terkenal sebagai tempat peranginan.

Ikutkan hati Izara Aisya, dia mahu belajar di luar negeri Johor, namun diturutkan sahaja hasrat kedua ibu dan bapanya yang ingin dia belajar berdekatan dengan rumah. Senang mahu ulang alik kata mereka. Dan Izara Aisya hanya menurut tanpa bantahan.

“ Abahnya tengok anak awak tu. Saya cakap lain dia cakap lain. Sama lah tu anak beranak.”

Izara Aisya turun perlahan dari kereta Peroduo Alza milik Encik Malik. Menyandang beg laptop sementara tangan menjinjit beg pakaian. Melangkah kaki ke arah pintu pemandu sebelum menghulurkan tangan menyalami abah tersayang.

“ Dengar cakap mak tu Izara. Dah besar kan, pandai fikir.”

“ Heee, baiklahh abah. Adik dengar. Saja je tadi.”

Encik Malik mengetuk perlahan kepala Izara Aisya. Dia tahu anak perempuan tunggalnya suka bergurau.
Izara menuju pula ke pintu sebelah pemandu. Puan Aidah disitu.

“ Nah duit belanja. Belajar betul-betul adik. Nak hidup senang kenalah belajar. Jangan jadi macam mak dengan abah. Faham kan?”

“ Iye mak. Adik faham. Jangan risau okay.”

Izara Aisya memandang kereta Encik Malik sehingga hilang dari pandangan. Dia mengambil langkah perlahan menuju ke bilik hostelnya.

Tak sampai lima minit, dia sudah tercongok dihadapan bilik B-2-5 hostel perempuan Kolej Profesional Mara Bandar Penawar. Diketuk perlahan sebelum memulas tombol pintu.

“ Raraaa…! Ingatkan tak nak balik sini lagi dahh.” Perli Kak Zana. Roommate Izara Aisya.

“ Eish, jahat lah akak ni, saja je kan. Eh akak, mana Lynn? Dia tak sampai lagi ke?”

“ Hah, sama jela korang berdua. Kalau tak dekat pukul 7, takde maknanya nak sampai bilik kann.”

Izara Aisya hanya mampu tergelak besar. Tak lama kemudian pintu diketuk sebelum terjengul kepala Azlin ataupun Lynn, teman baiknya.

“ Raraaa, aku ada hot story nak cerita dekat kau ni. Jap jap tarik nafas kejap.”

“ Relax Lynn, aku tak pergi mana pun. Aku sedia mendengar hot story kau tu.”

Azlin merenung tajam wajah Izara Aisya.

“ Kau memang kan, saja jek. Akak, tengok Rara nih. Akakkk Zanaa..!”

“ Hah, apa apa? Kenapa Lynn ni. Jerit jerit. Akak pakai headphone. Tak dengarlah.”

“ Rara ni ha, dia dengki Lynn. Back-up laa Lynn akak, please???”

“ Ouh, camtu jek?” Nur Zana hanya memandang pelik sebelum memakai semula headphone di telinganya.

Izara Aisya dan Azlin hanya tergelak besar dengan sikap Kak Zana. Langsung tak bagi response yang positif.

“ Ah, tak kisah laa. Ra, tekalah aku balik sini naik apa.”

“ Naik bas laa. Kannn?”

“ Alaaa, siapa amek aku kat bus stand. Cepat teka, cepat.”

“ Err, budak junior tu ke? Eh, takkan laa pula. Scandal yang mana ni Lynn, mana aku tahu.”

“ Abang handsome tu lahh, senior kita. Ah Ahh Ahhmadd…”

“ Wei, yeke. Bestnya. Dia naik apa wehh. Cepat cerita. Ni betul hot story nihh”

Azlin menceritakan dari A sampai ke Z cerita bagaimana dia boleh menaiki senior handsome yang dimaksudkan.

“Bahagianya kawan aku nih, kenapa aku tak macam dia.” Bisik hati kecil Izara Aisya.

***********************************************

Izara Aisya baring menghadap siling bilik . Lynn keluar sementara Kak Zana pula sibuk melayan movie Koreanya. Apa seronoknya Korea pun Izara langsung tak faham.

Sebenarnya bilik yang diduduki Izara Aisya dihuni oleh empat orang. Dia, Lynn, Kak Zana dan Marya. Tapi Marya jarang ada dibilik kerana dia suka melepak di bilik sebelah. Bilik sahabat baiknya.

Tangan diletakkan dikepala. Baru ingin terlelap, handphone Nokia X2 milik Izara Aisya bordering menandakan ada panggilan masuk.

Nama Farish tertera di skrin telefon. Berdolak dalih mahu diangkat ataupun tidak. Farish, lelaki yang begitu mengharap cintanya. Namun dia langsung tidak berperasaan terhadap Farish. Puas Izara Aisya mencari punca yang boleh buat dia jatuh cinta terhadap lelaki itu, namun tak pernah ditemui.

Butang hijau ditekan.

“ Yes, Rara speaking.”

“ Hai Izara. Buat apa.”

“ Hai Farish. Saya tengah baring, nak tidur ni.”

“ Awalnya. Awak, please bagi saya peluang. Kita balik semula okay. Kita couple. Tapi kalau dalam masa yang sama kat sana awak jumpa lelaki yang sesuai , awak cakap dengan saya. Saya janji saya cuba lupakan awak sikit sikit.”

“ Farish, please jangan jadi budak kecik. Saya taknak sakitkan hati awak. Saya takde perasaan sama yang awak ada untuk saya. Saya tak boleh paksa diri saya.”

Talian diputuskan. Izara Aisya tidak sanggup meneruskan percakapan. Dia kasihan dengan Farish tapi dia sendiri buntu.

Bertahun Farish menyemai cinta dan kasih terhadapnya. Dua kali dia cuba menerima Farish dalam hidupnya, dan dua kali jugalah Izara Aisya gagal. Gagal mencari rasa cinta dan kasih untuk Farish.

Izara pantas bangun lalu dihidupkan laptopnya.

“ Huh, bosan lah. Online lagi baik.” Rungut Izara Aisya.

No comments: