Followers

akim ouh akim

sedari pagi telinga aku sudah disajikan dengan " akim gan kaka nak duk uma kite dik..ko layan la budak berdua 2..." akim gan kaka 2 anak sedara aku tersayang..bila aku dengar ayat2 tu terkeluar dari mulut mak aku, lantas aku terfikir.." betul ke ta betul ni? kalau kaka, aku taw comfirm betul dy bole jao gan ibu dia, kalo tang akim aku sedikit pelik..mampukah dia??"


persoalan terus menjadi persoalan sehinggalah sekitar maghrib along sekeluarga sampai dirumah dengan niat ingin meletakkan kedua anaknya dirumah aku...bukan ad sebab pape pon, saje jek dia na "mengetest" diri dia untuk jao dari anak2 dia..


aku mendekati akim, lantas bertanya,


    " betul ke nak duduk dengan mak ni?" 
    "betul lahh, tengok orang lah..."


laju sungguh ayat itu keluar dari mulut munggil akim yang berusia 7tahun..aku masih MERAGUI..apakah dia mampu??


tepat pukul 8sengah, along dan husbandnya bersiap2 untuk berangkat pulang. seketika along bertanya kat akim,


   " akim betul nak tinggal uma mak?" 
   " betul, tapi ibu tinggallah jugak..!"


YES..! ayat pertama dia menunjukkan yang dia sebenarnya tak boleh jauh dari ibu dia..! akim ouh akim..


    " ibu banyak keje, mana boleh tinggal uma mak..minggu depan ibu datg amek oke..."
    " ibuu,,,tinggallah sini dengan akim..."


seisi rumah gelak dengan tingkah laku akim, mak cakap..


    " dah la akim, kalo xnak tinggal g amek baju sane,,,ikut ibu.."


akim masih baring, muke disembamkan ke bantal..


     " ibu tinggallah dengan akimm.."


hanya ayat itu yang diulang berkali-kali...pantas ayahnya pula berkata,


      " cepat akim, nak dduk uma mak ke, ikut ayah balik..?"
      " nak tinggal sini, tapi nak ade ibu,,,ibu tinggallah dgn akim.."
      " dah, cepat peluk ibu, ibu nak balik ni..."


akim pantas memeluk ibunya, tanpa kami sedar, rupanya dia menangis dalam pelukan ibu tersayang///


dan kesudahannya, AKIM IKUT IBUNYA PULANG...


syabas akim, berjaya menjadi bahan kami sekeluarga malam ini...




muke budak yang menangis
hehe
pandai akim wat lawak

2 comments:

[sutera kasih] said...

comel lah akim :)

miss aiai said...

@[sutera kasih]

aah, comel yg gembeng..HEHE=)