Followers

DIET ouh DIET...

assalamualaikum
dan salam sejahtera
pada hari ini saya akan menulis sebuah cerita tentang DIET ouh DIET...sebelum memulakan cerita, mai pakat ramai2 kita kira BMI kita na...
cara2nya adalah :

 (BMI Idle ialah antara 18-25, Overweight 25-30, Obese 30>)

 Contoh pengiraan berat badan aku :

Berat terkini 48Kg, Tinggi pula 1.52m

Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2

= 48Kg / (1.52m)^2

= 20.78 Kg/m^2

SURE lah aku punya berat badan yang idle kan?

TAPI...TAPI...TAPI

aku still ade perasaan

MAHU KURUS

so,
aku akan buad bende ni semasa cuti sem aku

yeke? HEHE

Langkah 2 untuk kurus : aku MESTI BERSENAM

menurut yg aku baca, Secara jujur, kite TAK perlu nak senaman sebenarnya 

kalau nak turunkan 

berat badan, dengan syarat kENE ambil dalam 1000Kcal je makanan dalam 

sehari untuk turunkan seurang-kurangnya 1Kg/seminggu. 1000Kcal je 

sehari? Memang gila sebab itu sangat merbahaya untuk kesihatan, silap 

haribulan, boleh dapat sakit berkaitan gastro usus atau lebih popular 

dipanggil gastrik. Jadi, kena makan banyak la jugak ye? Yup. Kena makan, 

tapi dengan cara yang betul, seperti yang aku akan cerita nanti. Jadi kalau 

dah makan kena banyak, macam mana nak turun berat? Senaman la 

jawabnya. secara umum, ada 2 jenis senaman yang korang mungkin tahu, 

iaitu Cardio orientated dan Strength orientated. Apa kemenda 2 benda tu? 

Cardio ni ialah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina 

apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh2 tertentu, 

manakala Strength pulak adalah bentuk senaman yang menguji dan 

memperbaiki kekuatan otot. Contoh senaman Cardio ni ialah Jogging, briesk-

walking, skipping, berenang, bermain futsal, etc. Manakala contoh senaman 

strength ialah weight lifting, push-up, etc.

Umumnya, aku hanya bersenam 4-5 hari seminggu sahaja, di waktu pagi, 

dengan jadual yang berikut, tapi korang tak semestinya nak ikut jadual ni, 

terpulang kepada individu dan kelapangan la:

Isnin: Jogging (30 minit non-stop, burn about 300Kcal-400Kcal)
Selasa: Bermain dengan Dumbell (1 Jam).
Rabu: REHAT
Khamis: Jogging (30 minit)
Jumaat: Bermain dengan Dumbell (1 Jam)
Sabtu: Jogging (30 minit)
Ahad: REHAT
Korang mesti perasan, kenapa kene lebihkan ‘jogging’ daripada ‘bermain 

dumbell/weight training’, ini tidak adil!! (dialog cerita 3 abdul). Jawapan aku 

mudah saja. Ini kerana antara 2 jenis senaman aku sebut tadi, senaman 

cardio lah yang paling berkesan untuk BAKAR lemak. Yup, anda tak salah 

baca. Tapi, kenapa ya? Ini kerana senaman cardio ni banyak guna tenaga 

dan paling penting, ia mudah dilakukan. Ada sesiapa disini yang tidak tahu 

berlari? Berjalan? Memang mudah kan? Dan tips yang paling mudah, ini aku 

belajar dari Kevin Zahri la, seelok-eloknya buat cardio ni bila perut kita tak 

berisi makanan sekurang-kurangnya 4-8jam. Sebabnya mudah saja, sebab 

pada ketika inilah glucogen level dalam badan kita sangat rendah 

sehinggakan dalam 15 minit jogging saja, ianya akan habis, dan pada ketika 

ni lah badan kita akan cari sumber tenaga alternatif: BODY FAT aka LEMAK. 

Sebab itulah seeloknya jogging sebelah awal pagi (lepas bangun tido) sebab 

waktu tu perut kita kosong lagi, kalau tak boleh gak (faktor busy), boleh gak 

jogging waktu2 lain, tapi pastikan perut kosong dengan carbohydrate 

sekurang-kurangnya 4-8 jam la, dan tempoh jogging tu pulak hendaklah 

melebihi 20 minit, sure korang burn fat. Tapi jangan lupa minum air kosong 

pulak ye, kang korang dehydrasi pulak.


Langkah 3: Diet

Ramai orang salah anggap maksud diet ni. Sebut je diet, mesti ingat 

maksudnya nak kurus. Tak, itu definasi salah. Sedangkan Diet ni maksudnya 

cara korang makan. Even makan burger hari2 pun dikira diet gak, tapi diet 

tak sihat la. Dan bila sebut pasal diet, pasti tak lari dengan istilah kalori 

(Kcal). Kalori ni ialah suatu unit tenaga. Korang beli apa2 produk makanan, 

pasti ada label makanan yang tulis jumlah kalori, protein, carbs, fat, sodium, 

etc. Even ramai juga antara kita mesti tak tahu, yang setiap orang 

mempunyai had kalori yang berbeza, bergantung pada berat badan masing2 

Tapi kalau korang rasa malas nak kira, JOM ikut tips yang amat mudah ni : 


1. Makan 5 kali sehari: Breakfast, Lunch, Tea-break, Dinner, Supper (minum 

segelas susu sahaja).And Never skip your meals. NEVER.


2. Breakfast: makan roti, esok makan oat, lusa makan nasi lemak (setengah 

pinggan). Lepas tu aku akan ulang menu yang sama, so siapa cakap nak 

kurus kena elak makan nasi lemak? Minum pulak aku minum samada susu 

lembu, milo atau teh, tapi hanya guna satu teh gula saja dalam setiap gelas. 


3. Lunch dan Dinner: aku akan makan segenggam nasi/setengah 

pinggan saja dalam setiap hidangan, ¼ pinggan untuk sumber protein (ikan, 


ayam, etc), ¼ lagi untuk sayuran. Elakkan ambil kuah dari lauk2 tersebut 

sebab 

berminyak. Untuk permulaan, cuba hadkan kuah tu dengan 1 sudu saja, bila 

dah lama2 tu, kalau dah biasa tu tak payah bubuh kuah terus. Lagi satu, 

jangan makan kulit ayam, dan kurangkan makan daging sebab daging 

lembu banyak saturated fat. Dada ayam dan makanan laut adalah pilihan 

protein yang terbaik.


4. Cravings? Makan keropok, cekedis, coklat, aiskrim dihadkan hanya untuk 

hujung minggu saja, tapi ingat, jangan berlebih2. Memang nikmat la dapat 

makan waktu tu, sebab dapat makan seminggu sekali je kan, memang 

nikmat dia 1000X daripada kalau kita makan benda2 tu hari2. Maksure juga 

tengok jumlah kalorie dalam makanan tu kat label “maklumat pemakanan”. 

Secara tak langsung, korang akan ‘berjaga-jaga’ dengan jumlah cekedis yang 

korang nak makan.


5. Tingkatkan metabolism = burn calorie dengan efisyen = turun berat 

dengan cepat!! Tapi macam mana nak tingkatkan metabolism? Makan 

banyak sayuran dan buah-buahan (Vitamin B, Taurina), dan sekali sekala 

minum juga teh dan kopi, sebab caffeine juga mampu tingkatkan 

metabolism.


6. Elakkan minum benda-benda manis. Macam dalam kes aku, aku hanya 

ambil minuman yang KURANG MANIS  sebab aku tahu aku boleh dapat 

glucose 

dan carbohydrate dari sumber lain (buah, sayur, nasi, roti). Banyakkan 

minum air kosong, about 8 glasses per day.


Itulah sahaja tips2 yang akan aku amalkan. Semoga korang juga akan 

mencapai maklamat untuk turun berat badan. Tapi ingat, jangan terlalu 

ekstrem ok? Kalau korang rasa tiada perubahan tu, korang cubalah 

muhasabah diri, tanya diri sendiri kenapa tak turun. Sebab setahu aku, nak 

turun berat ni tak susah asalkan kita sabar, dan terus berikan 200% 

komitmen dengan tips2 tadi.

No comments: