Followers

ADAM vs HAWA : SIAPA KUAT CEMBURU


salam people
MAHU TAHU SIAPA
YANG LEBIH KUAT CEMBURU
samada
ADAM atau HAWA 
ek yang kuat cemburu?
mari mari mari
yang tak bace mari bace
yang dah bace teruskan bace

Menurut Peter Salovey di dalam The Psychology of Jealousy dan Envy,
cemburu ini sebenarnya merujuk kepada pemikiran negatif, perasaan bimbang, takut dan cemas terhadap sesuatu hubungan atau kebolehan seseorang itu bakal diancam oleh orang lain.
Ha, macam mana itu??
Cemburu juga sebenarnya merupakan gabungan perasaan marah dan juga kesedihan.
Pernah tengok mereka yang sedang cemburu? Apa yang mereka sering lakukan? Pasti mereka sentiasa muram, murung dan langsung marah-marah. 
kan kan kan?
Menurut suatu kajian yang dijalankan oleh The Ultimate Self-esteem Test, beribu-ribu wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang teramat sangat dan memerlukan bantuan. 
Aduh, bukankah ini sudah dikira bahaya!
nak tahu? AKU NI KUAT CEMBURU orangnya taw..!
kalau dulu masa aku couple. aku selalu skod ex-bf aku 2, kelas kiteowg lain2, so bila ade jek masa lapang means dalam kelas aku takde cikgu, cepat2 aku skod dia, maklumlah kelas kami sebelah2 n dia pon duduk tepi pintu belakang, so sangat la senang untuk aku mengskodengnya. pantang ade classmate girl dia dekat gan dia, comfirm aku tarik muka panjang2, haha..miss thats time..!
ok, TERUSKAN..
sebenarnya kan kawan-kawan, bukanlah tidak boleh untuk cemburu. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai dikata orang cemburu buta. Cemburu itu tentunya boleh bukan. Cemburu pada tempatnya. Tidak ada sesiapa pun yang melarang.
jadi, persoalannya disini, SIAPA YANG KUAT CEMBURU??
Pening untuk merungkai permasalahan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa lelaki juga punya sifat cemburu. Cuma biasalah, lelaki ini kebiasaannya tidak menunjukkan sifat cemburunya. Lebih suka simpan sahaja. Sedangkan wanita pula tidak boleh menyorok-nyorok. Kalau dia cemburu, memang dia akan kata dia cemburu. Betul kan?
Dan mungkin ini yang sering dikatakan wanita lebih kerap cemburu berbanding kaum-kaum adam. Tapi, ini hanyalah andaian aku je taw. Sekadar untuk melembutkan sedikit hati kalian, taknak lah kene bend sebab aku lebihkan perempuan jek atau sokong lelaki. 
Realiti sebenarnya, anda yang tahu.
Justeru teman-teman, siapa sebenarnya yang lebih kuat cemburu? Lelaki atau wanita???
tengok cermin, tanya diri sendiri..=p





2 comments:

KAMIHIDUP said...

sama je, dua-dua pun ego tinggi. kalau buang ego, bahagia hubungan. saling melengkapi. :)

ai aizura said...

@KAMIHIDUP

saya sokong anda...!=)