Followers

hilangkan sedih pun ada caranya taw...

sesiapa sahaja yang putus cinta, putus kasih pasti akan mengalami suatu perasaan yang sangat sukar untuk dikeluarkan, sedih, marah, geram semuanya ada. namun, semua perkara ada jalan penyelesaiannya. di sini aku kongsikan korang cara2 nak hilangkan rasa sedih dan kecewa.



langkah pertama :
- luahkan perasaan korang itu dgn menangis sepuas2nya..aku tahu korg memg sgat menjunjung tinggi ego korang, tapi apa salahnya kalau korang sesekali menangis? ta salah la wei kalau  menangis, tapi jgn plak korg tibai menngis dekat public, kompem org cakap korang lembik..! cari tempat yg sesuai, lalu menangislah sepuas hati korang..ingat, menangis adakala boleh menghilangkan segala tekanan taw..!


langkah kedua :
- matikan telefon bimbit korang..! bukan apa, takut nanti korang tergatal tangan plak na call orang yang dah wat korang bersedih@ kecewa..tenangkan diri sebentar ya..=)


langkah ketiga :
- kalau korang rasa korang masih tak dapat nak lupakan dia, korang kumpul barang2 pemberian dia lalu simpanlah kat tempat yang korang ta nampak. takpun pulangkan jek balik, tapi jgn pulangkan sendiri, korang suruhlah adik ke, akak ke mak korang ke yg pulangkan.


langkah keempat :
- kuolah berlepak dengan kawan2..jgn dedahkan diri dengan kesunyian..takut bertambah sedih..


langkah kelima :
- sedar2lah yang antara korang dgn dia memang takde jodoh, belajar terima hakikat,,ingat perempuan @lelaki ramai lagi kat luo...=)


langkah keenam :
- sibukkan diri korang dengan tugas harian dan  aktiviti yg berfaedah. sesekali pergilah bersukan, selain dapat menyihatkan badan, dapat jugak membuatkan otak korang berfikir secara rasional..


langkah ketujuh :
- cari seseorang yang boleh memahami dan menyayangi dirimu. jangan terlalu cepat jatuh cinta, kawan dulu dan kenali hati budinya..takut kecewa lagi


langkah kelapan :
- jika kamu bercinta lagi, ingat jangan memberi cinta korang seratus peratus pada si dia, tinggalkan sedikit untuk diri sendiri agar tak terlalu kecewa jika hubungan putus di tengah jalan lagi..


segala masalah ada jalan keluarnya. bersabarlah andai kalian sedang mengalami situasi putus kasih atau sewaktu dengannya.. bersabar, pasti akan ada bahagia untuk kalian kelak.

No comments: