Followers

Jodoh : Doa Amni (Stanza Cinta)

Tuhanku . . .
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan
menjadi bahagian daripada hidupku
Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih
daripada segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada
posisi keempat dalam hatinya
setelah Engkau, Rasul dan umminya
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri tetapi untuk-Mu
Wajah tampan dan daya tarik fizikal
tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati
yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu
ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku
ketika aku berbuat salah
Seorang yang mencintaiku
bukan kerana kecantikanku
tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat
terbaikku setiap waktu
Seorang yang dapat membuatku berasa
sebagai wanita ketika aku di sisinya
Tuhanku . . .
Aku juga meminta
Jadikanlah aku wanita yang
dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
Sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku

layan cerita Stanza Cinta tak kat tv3 setiap Ahad pukul 9malam?
ini adalah doa heroin cerita Amni Sorfina lakonan Nur Fathia
doa ni elok diamalkan untuk kite,yang gadis2 jek=)
* wink wink*




2 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

wahhh~ pnjg betul doa tu.. hihii~ ^_^

ai aizura said...

@NuSaNa NoSa 91

ahaha, elok diamalkan dear=)