Followers

lelaki : tips berhenti merokok

hye peeps
hari ni nak berceloteh pasal lelaki pulak lah..lelaki dan rokok memang sangat2 susah nak dipisahkan, betul tak? bila tanya besh ke smoking? dgn bangga diorg ckp, "tak bujanglah kalo ta smoking", "merokok tandanya macho taw", eish, macam2lah alasan diorg tu bila tanya ape sedapnya merokok tu. selalu aku mintak dijauhkan berjodoh dengan perokok tegar, uh, ta mau lah mati cepat..ehee=)
so, kepada lelaki kat luar sana yang na berhenti dari smoking tu, kat sini ade cara2 nak berhenti merokok,
checkitout bebeh=p


1. MELENGAH
kebiasaanya lelaki pantang takde kerje sikit, comfirm terus capai rokok then mulalah mulut tu berasap, so kalo na berhenti, cuba lengahkan sikit tindak balas terhadap keinginan untuk merokok, katakan pada diri sendiri "nanti" setiap kali keinginan itu menjelma.

2. TARIK NAFAS PANJANG
tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. MINUM AIR
banyakkan minum air, sebaiknya air suam. jangan minum air yang berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman tersebut merangsang anda untuk merokok.

4. MEMBUAT SESUATU
setiap kali terasa ingin merokok cepat2lah alihkan fikiran anda daripada terus merokok. contohnya bersiar2, bersembang dan sebagainya.

5. MENGUNYAH SESUATU
biasakan diri menguyah sesuatu seperti chewing gum ataupun sesuatu yang berangin. elakan mengunyah gula2 yang manis.

6. MANDI ATAU BASUH TANGAN
mandi ataupun basuhlah tangan sekerap mungkin setiap kali terasa ingin merokok.

7. SENAMAN REGANGAN
lakukan senaman regangan setiap kali merasa mengantuk kerana tidak merokok

8. BERDOA
berdoa banyak2 kepada Allah supaya menguatkan azam kalian untuk berhenti dari merokok.

hye guys, sebenarnya nak berhenti ni bukannya susah kalau semangat kita kuat. kalau nak terus berhenti memanglah susah tapi kalau korang berhenti slow2, COMFIRM boleh. means, kalau selalu sehari korang merokok sekotak, kurangkanlah dengan sekotak untuk seminggu..boleh gitu?
gud luck guys=p

nak ke korang jantung korang jadi camni?

-
-
-
JADI
*wink wink*