Followers

kenapa ada r i n d u

assalamualaikum peeps,
sepatutnya aku bukan menulis entry, tapi entah kenapa otak aku seakan2 tak berada di dunia yang nyata.
bukak buku, baca sikit then tutup buku bukak lappy lantas tercatitlah entry ini.

actually aku berada dalam mood  r i n d u...kenapa mesti ada perasaaan ini ek?
aku rindu pada kedamaian dan rindu pada sosok insan yang terlalu dekat dihati ini.
ikutkan hati mahu sahaja ku ambil telefon lantas mendail nombor telefoninsan yang dekat dihati
namun ego didalam diri terlalu kuat untuk aku merobohkannya.
lalu, pantas sahaja bisikan jahat menerobos masuk ke minda.

kenapa mesti aku rindu
rindu...rasa murni yang terlahir dari hati,
mana mungkin aku mereka2 rasa rindu bila rasa itu datangnya dari DIA.
datang tak dijemput pulang tak dihantar. macam jelangkung. pening.

bila rindukan seseorang umpama aku terlempar dan tersadai kat tempat asing. maybe planet marikh.
bila aku menyanyi, bagai semua lagu ditujukan untuk dia.
melihat seseorang, tergambar raut wajahnya
melihat senyuman seseorang, umpama senyuman itu terukir dari bibirnya
tergambar segala kenangan dulu

rindu kadang kala bisa membuat raut ceria orang menjadi muram
bila ditanya mengapa bermuram, lantas dijawap, rindu.
bila ditanya kenapa merindui seseorang, agaknya rasa sayang sudah bertamu dihati.
bila ditanya pula kenapa wujud rasa sayang itu
apa lagi yang harus aku jawap kerana rasa itu datangnya dari DIA.
mana mungkin aku menidakkan atau menolak rasa itu.

tapi bagaimana untuk persoalan merindu pada yang tak sudi?
bukankah makin haru perasaan itu?
rindu itu rasa yang indah, terlalu susah untuk diungkapakan rasa sesungguhnya.

kepada insan yang dekat dihati, aku merindui kau.
andai tempias kerinduan aku terkena kau, hargailah ia dan sambutlah rasa itu andai aku yang ada dihatimu.
aku memang terlalu ego untuk mengungkapnya sendiri.

dengan itu Ya Allah, maafkan aku jika rasa rindu aku terlalu berlebihan terhadap dia. bukan tidak mencuba melupakan tetapi makin dilupa makin senang dia bertandang. dan tabahkan hatiku andai rasa rindu ini terlahir untuk insan yang tidak tak sudi menerimanya. dan andainya rasa rindu ini dapat dirasa pada yang dirindui, Engkau dekatlah hati kami walau pada dasarnya jasad kami terpisah beribu batu.. dekatkanlah hati ini andai dirirnya milikku. amin

2 comments:

adeeb khairudin said...

rindu jugak. :')

Liyana Aziz said...

rindu tak kan pernah habis... percayalah... =)