Followers

puasa jom...!!

assalamualaikum kawan2..
aish, lama rasenya tak update belog..nasib baik tak bersarang labah2 lagi..ehee
jumaat hampir meninggalkan kita, sabtu bakal menjelang, ahad malu2 menyorok dibelakang sabtu sebelum 
isnin munculkan diri bersama tetamu istimewa iaitu RAMADHAN...!
aiai nak kongsikan kelebihan kalau kita berpuasa, tapi aiai sangat2 sedih bila 'penyakit' aiai datang time2 macam ni..kecewanya..! sambil hentak2 kaki atas lantai ~
so, jom baca kelebihan kita berpuasa...! jom jom jom ~


Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umum, antaranya:

* Puasa mendekatkan diri dengan Allah:

Allah berfirman :
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]

* Puasa mengawal syahawat:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]

* Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970]

* Puasa menjanjikan syurga:

Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]

indahnya Islam, sedikit kita buat. besar sungguh ganjaran yang diberi.
moga kita sama2 boleh mendekatkan diri kepada Ramadhan ~

6 comments:

✿ cik pieQa ✿ said...

wah! baca entri ni rasa makin ta sabar lak nak pose kan. 2 hari lagi :)

butterfly said...

xcited nak pose...:)

miss aiai said...

@✿ cik pieQa ✿

sabar ye sayg,
sikit je lagi na jmpe ramadhan =)

miss aiai said...

@butterfly

sabar2, tak lama lagi dah =))

mr.dinie said...

hepy berpuase..XD

miss aiai said...

@mr.dinie

hepi puasa jugak =)