Followers

bila si peramah di'cop' sombong...!

hye peeps
salam ramadhan yang ke 18 ye

" aiai, ko kenal ke abang tu? "
" ouh, kenal sangat. dia tu kawan gaduh aiai kt kolej."
" eii, abg tu sombong kan? pantang salah sikit, mulalah. "

terkedu dan terdiam bila orang yang aiai rasa gila peramah dicop sombong oleh kawan sendiri. 
nasib kaulah labu orang cop kau sombong..!
 tapi, rasa macam kesian lakk,,
sebab , honestly si pulan sorang nie sangatlah baik dengan aiai dan 
bagaimana pula orang sekeliling boleh cop dia sombong? kesian...


sebenarnya sombong itu apa ye?
Sombong bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat  suka merendahkan orang lain serta tidak mahu menerima pandangan orang lain. Orang sombong memandang   rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.


astagfirullah, mintak dijauhkan dari sifat sombong.
apa pula yang disenaraikan orang yang sombong? teruskan membaca dengan tekun ye anak2 sekalian,

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati( sombong ) yang merbahaya ini:

PERTAMA, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila  ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada   pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

KEDUAnya kerana  kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid  yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang  lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Perkara KETIGA yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan  keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Perkara KEEMPAT menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

Sifat sombong KELIMA berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

KEENAM, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.

Akhirnya yang KETUJUH kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana  ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.

please tengok2 kawan..! adakah ciri2 diatas sudah menjalar dngan maharajalela didalam diri anda? 
mudah2an tidak ada, dan mudah2an kita semua dijauhkan dari sifat ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)


nota kaki : rasanya berkenaan dengan kawan aiai yang dicop sombong tu, dia tidaklah sombong seperti yang dijangka. cuma dia hanya suka menunjukkan eksperesi muka yang tak kena pada masanya. 

2 comments:

nuruashia ♥ said...

alhamdulilah..thanks sudi share :)

miss aiai said...

hehe, sama2 =)