Followers

Ketika cinta bertasbih [] baru aku faham ‘kalau jodoh tak kemana’

Hye peeps,

Selamat petang khamis..huwaa, really excited nak balik rumah esok, naik bas, perjalanan yang mengambil masa 12jam lamanya, menikmati alam indah ciptaan Ilahi ataupun tidur lena di dalam bas sepanjang perjalanan. Okeyh, semua tu angan2 tak kesampaian sebab ONLY 15MIN jek dari rumah aiai nak ke kolej, ehe.

Dah tengok movie ketika cinta bertasbih? Okay, sila cakap jakun kat aiai kalau kalian dah tengok dan cakap aiai ketinggalan zaman sebab this movie dah berzaman keluar right?
Huh, apakan daya. Aiai baru ada kesempatan nak mengadap movie ini hari ini. Part 1 gan part2 taw aiai tengok. Korang ada? Takde kan.


Cinta adalah kekuatan yang mampu
mengubah duri menjadi mawar,
mengubah cuka menjadi anggur,
mengubah sedih menjadi ria,
mengubah amarah menjadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibah.

Puisi yang buat hati terusik saat menonton movie ini. Seriously, movie ni super duper best gila..! tak rugi aiai habiskan masa hampir 4jam mentelaah movie ini. Amboi kau, bukak buku seminit dah ngntuk, movie sanggup plak layan ea.haha. jangan persoalkan kenapa dan mengapa aiai sanggup menonton movie ini daripada mentelaah pelajaran okeyh. Ada aku kesah next week final exam? Takde feel lgsung nak study tuk this final. Macam hampeh..!
Cerita bermula dengan kehidupan mahasiswa Al-Azhar, Abdullah Khairul Azzam yang tertunda kuliahnya selama 9tahun selepas kematian ayahnya. Disana dia berniaga tempe dan bakso demi menyara kehidupannya serta keluarga di Indonesia. Dia terkenal disebabkan keenakkan temped an baksonya, sehingga membawanya berkenalan dengan Eliana, anak duta Indonesia yang cantik.

Perjalanan kisah hidup Khairul Azzam dan kisah cintanya sangat2 menyentuh jiwa dan perasaan aiai. Perkenalannya dengan Anna, akhirnya melahirkan bibit2 cinta dalam diam, oleh kerana diri Anna sudah dipinang dan haram baginya menyukai wanita yang sudah dipinang, keduanya menyimpan dan memendam perasaan halus yang hadir.

Kehidupan diteruskan dengan berniaga secara kecil-kecilan dan mencari calon yang sesuai untuk dijadikan permaisuri dihatinya. Berbagai wanita dibawa dan diperkenalkan keluarga Azzam kepadanya. Sehinggalah dipertemukan dengan Vivi, seorang wanita anggun yang bergelar doctor. Segera diikat dengan kata pertunangan setelah keduanya setuju untuk disatukan. Takdir Allah berkata lain apabila seminggu sebelum berlangsungnya pernikahan, Azzam terlibat dalam kemalangan dan meragut nyawa ibunya. Azzam patah kaki dan mengambil masa berbulan lamanya untuk sembuh. Vivi sabar dan tetap setia dengannya sehingga suatu hari Azzam mendapat sepucuk surat menyatakan bahwa Vivi terpksa bernikah dengan pilihan kedua orangtuanya.

Setelah sembuh, Azzam berjumpa dengan gurunya, (ayah Anna) dan disitulah mereka kembali disatukan setelah Anna bercerai dengan suaminya atas sebab-sebab tertentu.

Movie ni actually membawa aiai lebih mendalami rahsia Illahi dan faham apa itu maknanya cinta. Usai jek aiai tengok dua2 part, bergenang airmata sambil cakap “ baru aku faham apa itu erti kalau jodoh takkan kemana”


2 comments:

Leey_Omar said...

ni adaptasi novel eh?

ai aizura said...

aah, adaptasi novel..BESH SANGAT ;)