Followers

Cinta itu milik kita ( BAHAGIAN TIGA - AKHIR )

***************************************

Izara Aisya menukar posisi duduk daripada tempat pemandu ke sebelah apabila melihat Afiq Aiman menuju ke pintu pemandu. Pintu kereta di buka.

“ Hai you…” tegur Afiq Aiman.

Huh, mak aii mamat ni. Wanginya dia. Ni nak goda aku ke apa dia ni. Itu yang terlintas di kepala Izara Aisya saat Afiq Aiman masuk ke kereta.

“ Eh you, haii.” Izara Aisya dapat merasakan balasannya agak gugup.

“ So, nak pergi mana ye kita? Tanya Afiq Aiman.

“ Err, stereng dah dekat you. So, I ikut you jelah ye. Tak kisah pun.”

“ Alright, tapi I nak singgah kedai depan kejap. Nak beli rokok.”

Afiq Aiman memulakan pemanduan. Mereka berdua senyap tanpa sepatah ayat sehinggalah Afiq Aiman memberhentikan kereta di depan sebuah kedai runcit. Tak sampai beberapa minit, muncul Afiq Aiman dengan sekotak rokok di tangan.

“ Eh, baru lagi kereta ni.” Tanya Afiq Aiman sejurus masuk kedalam kereta.

“ Haaa, barulah jugak. Abah sibuk nak pakai yang besar. Ikut I , takdenya lah nak yang besar-besar. Tak sesuai kot dengan I. “

“ Tahu takpe. Tengok you tadi macam ibu bawak kereta. Kepalanya je nampak sikit.”
“ Hei, kurang ajarnya. Tumbuk kang.”

“ Haha, gurau je pun. Eh you, kita pergi Batu Layar ea.” Tanya Afiq Aiman.

“ Okay, boleh jek.”

Izara Aisya hanya tergelak  sepanjang perjalanan mereka munuju Batu Layar. Kadang kala mereka terdiam sebelum riuh semula dengan cerita-cerita yang entah apa dibicarakan.

Tak lama kemudian mereka tiba di Batu Layar. Memandangkan ramai pengunjung di situ. Afiq Aiman mengambil keputusan untuk pergi ke Sea View. Tak jauh dari Batu Layar.

Sesampai sahaja di Sea View, Afiq Aiman memberhentikan kereta di sebuah warung.

“ Jom, turun minum.” Ajak Afiq Aiman.

Lama baru Izara Aisya turun dari kereta. Perlahan dia dekati Afiq Aiman. Menarik kerusi lantas duduk di sebelah.

“ You nak minum apa?”

“ Milo ais jelaa.”

“ Makcik, Milo Ais dua ye. Makan taknak lah.” Order Afiq Aiman diambil.

Izara Aisya duduk diam di sebelah Afiq Aiman. Memerhatikan air laut yang tenang beralun. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kadang kala tangannya mengulas lembut kucing yang manja bermain di kakinya.

“ Eh, you tak reti cakap ke? Senyap je dari tadi.” Tanya Izara Aisya memerhatikan Afiq Aiman dengan rokok di tangan.

“ Heee, speechless. Tak tahu nak cakap apa dengan you bila dah depan-depan macam ni.”

“ Eh you, ni first time kan kita keluar sama?”

“ Aah, kita mana pernah keluar berdua macam ni. Dulu I kenal you masa you budak kecik lagi. Masa tu you freehair kan, now dah bertudung.”

“ Cett, masa tu umur I dah 15 tahun taw. Dah besar apa. Haa, takkan selamanya nak freehair. Kalau I still freehair, tak mungkin you nak keluar dengan I . Kata nak cari perempuan bertudung kan. ” Balas Izara Aisya.

“ Yes, tahu takpe. I serious ohh.”

Pelbagai topic yang mereka bualkan. Kadangkala sepi menghantui mereka berdua. Mungkin malaikat lalu di sebelah mereka. Agak Izara Aisya.

Pertemuan di akhiri apabila Afiq Aiman memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumahnya.

“ Oklah you, nanti kita lepak lagi okay. By the way, thanks lepak dengan I tadi. Drive carefully okay. Nanti sampai rumah bagitahu I ye.”

Izara Aisya hanya tersenyum sambil membalas lambaian Afiq Aiman. Perlahan kereta digerakkan keluar dari perkarangan rumah Afiq Aiman.

*************************************
“ Hello Gee, sumpah aku dah dapat apa yang aku cari.”

“ Eh rasa apa kau ni. Call aku tiba-tiba cakap dah dapat.”

“ I think I am falling in love. Really Gee.”

“Kannn, macam mana rasanya. Seronok? Gembira?”

“ Speechless Gee. Bahagia,gembira, seronok, suka, semuanya ada.”

“ That’s girl bertudung ke? Aku kenal tak?”

“ Yes, sama yang aku nak kan. I think you don’t know her. Takpe, free nanti aku bawak dia lepak sama okay.”

“ Ingat Fiq, jaga hati kau tu. Jangan mainkan perempuan lagi.”

“ Eh eh, kau tahu kan apa masalah aku dengan ex aku before this? Aku tumbuk kau nanti. Pernah ke wei aku mainkan perempuan?”

Afiq Aiman tersenyum sendiri mengingat kembali perbualannya dengan Fauzi beberapa hari lepas. Fauzi, teman yang satu-satunya tahu apa perasaan sebenar dia. Fauzi lah tempat dia mengadu pelbagai hal. Sedar tak sedar sudah lama dia meninggalkan kehidupan lampaunya yang asyik bertukar girlfriends. Dan sekarang, dia asyik menyemai cinta bersama Izara Aisya. Pujaan hatinya yang satu.

Ku berjalan hingga bosan                                                           
Yang aku rasakan
Kali ini ku temukan
Artinya hadirmu
Kamu Kamu Sejukkan hatiku
Kamu Kamu Bintang dihatiku
 Dan kamu disini
Saat dia telah pergi
Tak sanggup ku sendiri
Tanpamu disisiku
 Ku akui ku terlahir
Untuk bersamamu
Takkan bisa ku berdiri
Tanpamu disini

Pantas tangan Afiq Aiman menaip lirik-lirik lagu Kamu nyanyian Killing Me Inside. Lalu dihantar ke nombor Izara Aisya. Sesungguhnya itulah yang dia alami sekarang. Dia berjanji dengan dirinya sendiri takkan mensia-siakan peluang yang Izara Aisya bagi untuknya. Dia yakin, dia tercipta hanya untuk Izara Aisya dan begitulah sebaliknya.

Tak lama kemudian handphone-nya berbunyi menandakan ada message masuk.

“Yess, Rara dah reply message aku.” Jerit Afiq Aiman perlahan.

Dengan perasaan berdebar Afiq Aiman membaca satu persatu yang ditulis Izara Aisya. Terasa tercucuk-cucuk jiwanya membaca apa yang direply Izara Aisya.

Sayang, esok you dah nak balik Selangor kan. Baca betul-betul apa yang I nak cakap ni. Bila dah jauh, macam-macam boleh jadikan. Hati manusia ni cepat berubah, bila you dah balik sana, andainya you jumpa girl and then jatuh cinta ke apa dengan dia, bagitahu dekat i. kalau nak tinggalkan I pun, bagitahu dekat I dulu. Jangan pergi tanpa pesan. Seriously, now I starting loving with you b.

Hurm, OKAY.

Hanya perkataan OKAY yang mampu Afiq Aiman balas. Susah benar rasanya untuk Izara Aisya percaya dengan perasaannya. InsyaAllah, aku akan buktikan dengan kesungguhan dan kejujuran aku. Semat Afiq Aiman dalam hati.

***************************************
Izara Aisyah menatap gambar pujaan hatinya. Afiq Aiman. Dia tersenyum sendiri. Sedar tak sedar dia sudah menerima Afiq Aiman sebagai kekasihnya. Dia teringat saat dia bermain tarik tali dengan lelaki itu.

“ Eh you, I nak you boleh?”

“ Ha, gila ea? Ingat dapat?”

“ Hurm, mesti boleh. Seyakinnya boleh dapat you.”

“Really ? Good Luck la yerr. “

“ Haaa, really. Wish me luck baby..!”

Senyuman Izara Aisya semakin melebar. Volume radio dikuatkan apabila lagu Cinta Gila nyanyian Grey Sky Morning berkumandang.

Saat Indah Bermula...
Terasa Bahagia...
Cinta Yang Lama Terhenti,
Berputik Kembali...
Ada Yang Menghampiri,
Ku Tidak Peduli...
Cinta Ini Cinta Gila,
Untuk Kita Berdua...
Woo
Tiada Yang Dapat Menghalangnya
Kita Berdua Terus Bercinta,
Selamanya...
I Cant Live..
I Cant Living Without You Oh Baby
Just Only You That My Love..
With Love...
Hanya Kau Ku Miliki,
Yang Tiada Ganti...
Bukan Mimpi Sudah Pasti,
Jiwaku Berseri...
Ada Yang Menghampiri,
Ku Tidak Peduli...
Cinta Ini Cinta Gila,
Untuk Kita Berdua....

Bait-bait lirik lagu tersebut benar-benar seakan merujuk kepada cintanya terhadap Afiq Aiman. Kotak ingatannya teringat detik-detik Afiq Aiman melamar dirinya menjadi kekasih hati Afiq Aiman, beberapa hari lepas. Ketika itu mereka sedang duduk di tepi pantai Tanjung Balau.

“ Rara, I jadi bf you ea?”

“ Ewww, macam tu boleh ke?”

“ Habis tu, you nak buat I macam mana lagi? I promise, I jaga hati you, I jaga you baik-baik, I tak main-mainkan you.”

“ Wait, cuba you tanya diri you dulu, sebenarnya you nak couple dengan I sebab apa. Maybe you bosan, that’s why you nak couple dengan I, right?”

“ Salah. Maybe sebelum ni I memang couple sebab nak hilangkan rasa bosan, tapi bila dah hari-hari kita lepak sama-sama I rasa I jumpa sesuatu dalam diri you yang I cari selama ni. Sumpah, first time I rasa benda ni Ra. Please give me a chance?”

Sayu mata Afiq Aiman menatap wajah Izara Aisya.

“ Hei, I dah kenal you 5tahun tahu. Kita tak contact tak semestinya I tak stalk fb you bagai. I know your life macam mana.”

“ Manusia boleh berubah kan? I janji I akan berubah demi you. Sumpah, dengan you je I rasa feel ni taw.”

“ I dekat Johor, you dekat Selangor, maybe perasaan yang you cakap tu akan hilang bila you balik sana? “

“ Izara Aisyah, please?? Insya Allah rasa ni takkan hilang bila I dah balik Selangor pun. I janji.”

“ I nak cari bakal suami, bukan boyfriends.”

“ I pun na cari bakal wife. Kan I dah kata, dengan you je I rasa feel ni. I tak pernah rasa dengan perempuan mana-mana pun before this.”

“Alright then, I percaya dan pegang cakap you. I bagi you peluang.”

“ Thanks Izara Aisyah. I janji I takkan sia-sia peluang yang you bagi. I janji.”

Izara Aisya tergelak besar melihat perlakuan Afiq Aiman mengangkat tangan seperti orang sedang  bersumpah taat setia. Sememangnya dia sengaja memberikan Afiq Aiman peluang. Kerana dia sendiri sudah letih couple break. Bila Afiq Aiman datang dalam hidupnya. Dia terima dengan hati terbuka. Mungkin benar Afiq Aiman adalah takdir jodohnya.

******************************************
“ Aku terima nikah Izara Aisya Binti Malik dengan mas kahwinnya RM22.50.” lafaz Afiq Aiman.

“ Macam mana saksi? Sah?” Aju jurunikah di hadapan Afiq Aiman.

Kesemua saksi menganggukkan kepala tanda setuju dengan pertanyaan jurunikah.

“ Alhamdulillah, kalau macam tu kita baca doa lah ye sebelum batalkan air sembahyang. “

Izara Aisya tersenyum lega. Akhirnya hari ini dia sah menjadi milik Afiq Aiman. Sesekali kelihatan Afiq Aiman mengerling ke arahnya. Sesungguhnya dia bahagia dengan pernikahan ini.

“ Izara, bangun…!”

“ Hah, bangun? Laaa, mimpi je ke tadi. Apa pun tak boleh.”

“ Pukul 10 ni, apa anak dara bangun lambat. Teruk…!”

“ Alaaa, yelahh adik bangun ni mak.”

Izara Aisya mengeluh sebentar. Apa lah aku ni, mimpi dah kahwin pulak dengan mamat sepet tu. Kalau betul-betul ok laa jugak. Ini tak, mimpi..! tak besh langsung..! Rungut Izara Aisya.

Handphone di bawah bantal di ambil.

1 New Message from Afiq Aiman.

Good Morning sayang.

Izara Aisya tersenyum. Pagi-pagi ada orang wish good morning macam ni. Bestnya hidup.

Morning b, J

Baru bangun ea, teruk laaa.

Eley, macam la you dah lama bangun.

Eh, pagi-pagi I dah bangun taw. Pergi beli sarapan lagi untuk ibu.

Alaaa, memanglah malam tadi kan you tidur awal. Tinggal I sorang-sorang, kannn.   

Heee, sayang petang ni kita jumpa okay. I dah nak balik Selangor. Nanti you mesti rindu I .

Alright b. Haruslah jumpa.

*************************************

Petang itu Izara Aisya bertemu Afiq Aiman. Mungkin buat kali terakhir. Entah dia tak pasti bila lagi Afiq Aiman akan balik ke Johor.

Memandangkan Afiq Aiman seorang photographer bebas, jadi dia tidak mempunyai cuti tetap. Kadang-kala ada saja customer yang mahukan perkhidmatannya di saat akhir.

 Izara Aisya masuk ke dalam kereta Afiq Aiman. Kelihatan di tangan dua kuntum mawar putih dan sekuntum mawar merah.

Tersenyum lebar dia melihat kekasih hati memberinya mawar.

“ Hei, sweetnya. Gila ke apa bagi I rose bagai ni?”

“ Gilakan you.”

“ Thanks b. So, kita nak pergi mana sayang?”

“ I nak jumpa you jer, dapat tengok muka you ni, tak payah pergi mana-mana pun takpe.”

“ Ewww, gediklahh you ni. Mengada-ngada.”

“ Jom I bawak you teman I main sunset, nak tak?”

“ Eh, boleh. Tak kisah. I ikut you jek.”

Beberapa minit kemudian mereka sampai di Tanjung Pengelih. Menurut Afiq Aiman disinilah dia dan rakannya selalu bermain sunset apabila dia pulang ke kampung.

Bermain sunset ataupun bahasa mudahnya mengambil gambar permandangan matahari terbenam. Sememangnya sangat cantik apabila dipotret.

“Makcik, sini duduk sebelah I .” ucap Afiq Aiman seraya duduk di tembok menghadap Kota Singa.

Izara Aisya duduk di sebelah Afiq Aiman. Dihadapan mereka jelas kelihatan Kota Singa ataupun Singapura yang sedia maklum memang berjiran dengan Malaysia.

“ Jom berenang pergi Singapore.”

“ Amboi, mana boleh. Kat tengah-tengah tu nanti kita dah kena tangkap dengan Marine Singapore pulak.”

Mereka berdua tergelak besar. Bahagianya Izara Aisya disamping Afiq Aiman hanya Tuhan yang tahu.

“ Sayang, ingat tak message you malam tadi yang I just reply ‘OKAY’ jek?”

“ Hurm, ingat. Kenapa B?”

“ B, I sayang kat you. Jangan cakap macam tu lagi okay? I promise I tak mainkan you. I janji I jaga hubungan kita baik-baik. Izara Aisya, I serious dengan you. Really meant it. Please percayakan I sayang. I nak berubah untuk you, untuk masa depan kita. I tahu hidup I dekat sana agak wild sikit, tapi I sanggup berubah demi you. I taknak hilang you. Please believe me sayang?”

Izara Aisya menatap tajam mata Afiq Aiman. Nampak jernih dan dia tahu ada kejujuran disitu. Pertama kali seorang lelaki meluahkan kata-kata sebegitu. Terharu. Ya dia memang terharu.

“ Sayang, I percaya dekat you. I pun sama je macam you, bukan baik sangat. I terima you sebab I dah tahu semua keburukan you dan I terima diri you seadanya. Tak payah berubah demi I, berubah bila betul-betul you memang nak berubah.”

“ B, I serious dengan you okay. Ingat I cakap ni.”

“ Ya B, I tahu. I tak pernah lupa apa-apa yang yang cakap dekat I. tahu?”

“ Really? Terharunya. Umur I 25 I nak kahwin.”

“ Hei, awalnya. Masa tu yang baru 23 laa sayang. Kita kahwin masa umur I 25, boleh tak?”

“ Eh eh, siapa yang nak kahwin dengan you ni?”

“ Bodoh. Aku tumbuk kau nanti.”

“ Hahaha, kalau you 25, masa tu I 27. Mesti I dah tak handsome masa tu.”

“ Kalau dah sayang, tak handsome pun takpe B. Hei, I serious jugak dengan you. Kau main-mainkan aku, aku santau kau. Haha .”

“ B, I serious jugak apa dengan you. I janji I takkan sia-siakan you. Sumpah. Loveyou sayang.”

Izara Aisya menatap wajah Afiq Aiman. Dia tak sangka cinta monyetnya 5 tahun lepas kembali lagi. Sungguh dia pun tidak akan melepaskan Afiq Aiman lagi.

Ya Allah, terima kasih atas cinta ini. Panjangkan jodoh kami Ya Allah. Moga-moga cinta yang kami bina di dunia ini kekal sehingga ke Jannah-Mu. AMIN.



…TAMAT…

2 comments:

ArNy ZaRiYa said...

Nie story !

:)

#Amin.

ai aizura said...

hee. thanks dear..
aminn :)