Followers

hanya kerana S.A.Y.A.N.G

Anna melihat wajah satu persatu anak-anaknya. Hakimi dan Melissa.

Hanya anak itu pengubat duka dia selama ini. Hakimi menginjak usia 11tahun. Bermakna sudah 12tahun dia memendam duka. Duka yang sudah kehabisan air mata untuk ditangisi.

“ Mummy kalau Nampak Hariz dengan perempuan dekat luar, there’s over between you and him.”

“ Sayang, malam ni abang balik lambat. Abang nak keluar dengan girlfriend baru.”

" Abang kalau nak dating, jangan sampai terserempak dengan mummy okay. Kalau terserempak mummy, its over between us."

" InsyaAllah, takkan terserempak punya. "

Hati perempuan mana yang tak hancur kalau suami sendiri depan-depan mata sanggup berduaan dengan perempuan lain.

Entah di mana silap, suaminya berubah menginjak usia setahun perkahwinan mereka. Bertukar2 kekasih tetapi yang eloknya nafkah zahir dan batinnya masih terpelihara.

Hanya satu kata yang membuatkan Anna masih bertahan, S.A.Y.A.N.G.

Yaa, hanya kerana sayang. Dia sayangkan perkahwinannya. Dia sayangkan suaminya. Dia sayangkan anak-anaknya. Baginya biar dia menderita asalkan anaknya tidak hilang seorang ayah.

Harapannya hanya satu, suami yang dikasihi, bisa kembali seperti 14tahun lalu, saat mereka masih menyemai benih-benih cinta. Sesungguhnya dia merindukan saat-saat itu.


p/s : hati perempuan sungguh teguh dan kuat. hanya kerana sayang dia mampu bertahan. kenapa mesti ada lelaki sebegini? Minta dijauhkan dari hidup aku dan kalian . AMIN.

2 comments:

Qaseh Qhaleef said...

yes is it . suka entry ni :)
perempuan memang kuat . tapi tak ada sorang pun yang tawu sebenarnya dalam hati dia byk sgt luka .

btw , cik Qaseh bw sini sambil follow kamu :)

miss aiai said...

hee,kann. perempuan memg diciptakan jd manusia yg tabah. proud being woman. btw thx follow :)