Followers

Jangan suka-suka tayang gambar orang tersayang dekat umum

Assalamualaikum semuaa !

Sebelum baca entry ini, tenangkan hati kalian semuaa, jangan kerut-kerut sangat muka. Senyum lebar sikit sebab takut ada yang tak puas hati pulak bila dah baca. Aku sekadar berkongsi apa yang aku dapat.

Aku ada ambik subjek Penghayatan Islam untuk this semester. Dan kami telah diminta untuk membincangkan halal&haram perkara semasa sebagai tugasan pembentangan individu. So, hari ni aku nak share apa yang telah aku dapat melalui tugasan tersebut.

Macam lukis lukis gambar kartun ataupun buat patung patung tu. Sebenarnya haram sebab takut masa dekat akhirat nanti dia mintak nyawa dekat kita. Yelaa kita kan dah lukis perfect jasad dia, so dia mintak laa nyawa kat kita. Haa, time tu nyawa apa kita nak bagi dekat dia? So, lepas ni jangan lukis-lukis kartun lagi okay. Haram !

Lagi satu pasal pakai tudung bagi kita-kita yang perempuan ni. Sebenarnya tak wajib pakai tudung semua, apa yang wajib tutup aurat. Kalau taknak pakai tudung sekalipun, sukahati korang lahh nak buat macam mana pun, yang penting tutup aurat.



Tapi apa yang aku nak bincang lebih mendalam bukanlah pasal semua ni, tapi pasal gambar-gambar. Kita sekarang kan, suka sangatlahh upload gambar kita dengan orang tersayang dekat mukabuku termasuk yang menulis. Sebenarnya tak elok, bukan haram tapi seeloknya tak payah laa senang-senang nak menunjuk dekat orang ramai. Bukan apa,


  • kita upload gambar kita dekat facebook, orang tengok, diorang cakap kita dan pasangan kita yang bukan-bukan, tak sepadanlah, tak sedondonlah. Bukankahh itu satu doa? Fikirlah akibatnya.
  • kita upload gambar kita dekat facebook, contohnya pasangan kita orang berada, berpewatakan menarik, rupa paras menawan, orang tengok kita bahgia, sifat cemburu datang, dihantarnya jin untuk memusnahkan hubungan kita. Fikirlah akibatnya.
  • kita upload gambat kita dekat facebook, kalau ada orang yang tak suka kita, sebab bukan semua orang suka kita, dia tengok gambar kita dengan suami kita dia cakap "hmm,.ni tak lama la nii.." bukan ke tu satu doa? bukan benda tu haram, tapi, fikir la akibat nya.
Semua ini hanyalah pandangan dan pendapat. Kalau korang rasa okay, still nak teruskan menunjuk gambar kalian dengan pasangan, teruskan. Sekali lagi aku tegaskan, ini hanyalah pandangan dan pendapat. Yang 
baik datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya dari kelemahan diri sendiri. Iloveyouuu. Kbyeee !