Followers

10 perempuan hot bagi aku

hye peeps..!
memandangkan aku dah buat 10 senarai lelaki hot bagi aku (baca sini), 
rasanya tak adil pulak bila
aku tak senaraikan perempuan hot bagi aku,
dan ciri2nya adalah
jengjengjeng

1. Perempuan yang pandai buat lawak
Susah nak cari perempuan macam ni sebab lawak perempuan tak macam lawak lelaki.


2. Perempuan yang mekap ala kadar
Aku suka tengok perempuan dengan mekap yang nipis di wajah mereka. 
Natural beauty tu penting yee sayang.


3. Perempuan yang tahu pasal teknologi
Maksudnya, perempuan yang tahu pasal games ataupun reti repair laptop atau handphone 
atau gajet-gajet lain. Setakat ada Blackberry atau iPhone, tak kira okay. 
Belum tentu perempuan yang ada blackberry ataupun iPhone 
tahu guna semua aplikasi dalam tu, hee.


4. Perempuan yang tak memilih kenderaan
Maksudnya, tak cerewet dalam bab kenderaan kalau nak pergi mana-mana. 
Sebab ada yang tak nak naik motor sebab takut rambut rosak ataupun tudung kedut.


5. Perempuan yang reti main permainan lasak
Macam skateboard, longbroad or yang sama waktu dengannya. Janji permainan tu memang lasak
Aku jealous dengan perempuan yang reti main benda alah tuhh.


6. Perempuan yang reti main alat muzik
Main gitar paling simple. Hot sangat. Apesal aku tak lepas2 main gitar. 
Haishh, tak hot lahh aku camni, hee.


7. Perempuan yang reti seni pertahan diri
Pandai taekwando ke, kungfu ke, tomoi ke. Tapi kalau pandai bersilat, memang 100% hot.


8. Perempuan yang selamba
Dia boleh sesuaikan diri dia kat mana pun dia pergi. 
Dia boleh layan budak kecik, dia boleh gurau senda dengan orang ramai 
dan dia boleh berborak dengan orang tua.


9. Perempuan yang lasak
Perempuan yang bawak kereta laju-laju, pandai repair kereta. 
Macam aku failed lagi sebab kadang2 hampir terbabas gak bila bawak kereta laju2. hewhew.



10. Perempuan yang tak gedik tapi manja
Yes yes, ini paling penting dan utama. Dia tak gedik tapi manja. Cara percakapannya lembut dan jelas sangat ia memang sifat semulajadi dia. Memang hot sangat.


p/s : aku confirm2 laa takde ciri2 kat atas sebab aku tak hot. korang ade kee...


No comments: