Followers

Cintu Itu Milik Kita (BAHAGIAN 2)

**************************************
Afiq Aiman memandang sepi milo ais dihadapannya. Bosan. Ya sememangnya dia bosan. Bosan dengan hidup liarnya. Bertukar-tukar pasangan. Bukan dia tidak pernah cuba setia. Setiap kali bercinta, setiap kali itu juga dia cuba untuk setia. Namun dia gagal. Ada saja masalah yang membuatkan dia harus berpisah dengan kekasih hati.

“ Gee, macam mana kau boleh stick dengan Lisa ha? Lama kot kau dengan dia.”

“ Hati der, hati. Hati yang penting. Jaga hati kau baik-baik. Mungkin kau belum jumpa yang sesuai, sabarlah. Kau kan hot stuff, petik sekali, sepuluh perempuan cantik datang.”

“ Ini bukan masalah hot stuff, datang ta datang Gee. Aku nak cari cinta, bukan perempuan. Penat dohh aku couple break couple break.”

Fauzi hanya memandang sinis wajah Afiq Aiman. Dia kenal benar jejaka dihadapannya. Bercinta dan tak lama kemudian pasti break. Masalah apa pun Fauzi sendiri tidak tahu.

Afiq Aiman menaip sesuatu  di handphone Blackberry Boldnya. Status facebook. Dia menulis sesuatu lantas di tekan ‘post’.

“ Mencari awek yang bertudung. Agak-agak ada tak?”

Tak lama kemudian beberapa orang meng’like’ statusnya lantas meninggalkan komen. Seronok Afiq Aiman melayan kerenah rakan facebooknya. Tak lama kemudian tertera di Notifications Izara Aisya meng’like’ statusnya.

“ Rara..! yes Rara kan ada. Why not bukan dia?” Bisik hati kecil Afiq Aiman.

Nama Izara Aisya ditekan, lantas keluar profile gadis kecil molek yang pernah singgah dihati Afiq Aiman suatu ketika dahulu. Di tulis sesuatu di wall Izara Aisya.

 Makcik, ada mana?

Afiq Aiman berkira-kira. Dalam hati begitu mengharap agar Izara Aisya mahu membalas tegurannya. Beberapa minit kemudian, tertera notifications keluar menunjukkan Izara Aisya ada menulis sesuatu di wallnya. Pantas dia membuka.

Hye orangtua. Kita ada kat kolej laa J

Haha. Buat apa je kat kolej,balik rumahlaa. Eh, nak tak lepak dengan i? bosan ohh. Maybe mandi pantai?

Really, I baru planned nak mandi dengan my girls this weekend. Why not u join kiteorang?

Oh, look great..! text me later. Ade nombor phone I kan?

Err, takde ah. IM please?

Afiq Aiman tersenyum sendiri. Izara Aisya. Aku lupa aku ada kau.

“ Woi setan..! pehal kau senyum sorang-sorang? Agaklah kalau dah bujang pun. Takkan gila pulak.” Sergah Fauzi melihat Afiq Aiman yang asyik dengan senyuman meleretnya.

“ Kau diam Gee, kau tak tahu apa-apa. Aku blah dulu Gee. Next time lepak lagi okay..!”

*************************************
Izara Aisya tersenyum sendiri. Dibaca berulang kali apa yang tertera di wall facebooknya.

Afiq Aiman. Tak pernah-pernah kau walling aku. Confirm kau tengah bosan sekarang. Kenapa aku taknak layan dia. Handsome, tinggi, boleh laa buat ada-ada. Tengah kosong ni. Bisik nakal hati kecil Izara Aisya.

Serta merta Izara Aisya terkenang cara dia berkenalan dengan Afiq Aiman. Ketika itu dia baru berusia 15tahun. Masih kebudak-budakan. Masih terkial-kial mencari identity diri sendiri.

Ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menghadiri pernikahan pakciknya. Baru sahaja ingin melelapkan mata sebentar, handphonenya berbunyi menandakan ada message masuk.

“ Hai, boleh kenal?”

Izara menatap lama nombor si pengirim. Tiada dalam simpanan dan dia tidak mengenali nombor tersebut. Hatinya berbelah bagi samada mahu membalas ataupun tidak.

“ Hye, siapa ni? Nak kenal buat pe.”

Beberapa minit berlalu, message masuk lagi.

“ Afiq Aiman. Boleh saya kenal dengan awak?”

“ Mana dapat nombor saya? Siapa bagi kat awak?”

Izara berkira-kira dalam hati, tak pernah dia mempunyai kenalan bernama Afiq Aiman. Dengan penuh sabar dia menunggu balasan empunya nombor yang memperkenalkan diri sebagai Afiq Aiman.

“ Kenal Patong? Dia yang bagi. Lepas habis main paintball, saya lepak dengan dia tadi, then saya mintak dia kenalkan saya dengan kawan perempuan dia, and then dia bagi nombor awak. Hopefully awak okay. Saya nak kawan je.”

Patong? Hah, Amir Hasif..! apa kejadah mamat tu bagi nombor aku kat Aiman. Boleh mendatangkan marah ni. Siap kau Amir, tunggu kau esok aku basuh kau.

*************************************
Isnin muncul lagi. Izara ingin cepat sampai ke sekolah. Banyak benda yang dia ingin tahu mengenai Afiq Aiman. Hanya Patong ataupun nama sebenarnya Amir Hasif  yang tahu segalanya.

Sesampai sahaja dipintu pagar sekolah, Izara semakin mempercepatkan langkahnya. Sebaik ternampak signboard 3 Yakin, Izara masuk lantas matanya pantas menuju ke tempat duduk Amir.

“ Amir, meh sini terangkan kat aku apa cite ni? Siapa Afiq Aiman, sengal?”

“ Haha, sorry la Ra. Dia kawan aku. Budak Teluk Ramunia. “

“ Itu aku tahu. Apa yang aku nak tahu, kenapa kau boleh bagi nombor aku kat dia. Kau memang sengal tahu tak?”

“ Err, lepas main paintball last week, aku lepak dengan dia. Lelaki kan, biasalah lepak mesti cerita pasal awek. Dia tanya aku, ada awek cun tak, aku bagi lahh nombor kau sebab kat mata aku, kau lah yang paling cun dalam kelas ni.”

“ Iya ke Mer, so sweet lah kau puji aku macam tu. Ah, takpelah lagi pun best layan kepala dia. Eh, dia handsome tak Amer?”

“ Handsome sangat. Putih tinggi, mata sepet, chinese look lah Ra. Tapi handsome aku lagilahh.”

“ Iye Mer? Apa-apa lahh. Nanti jumpa dia lagi, kirim salam kat dia okay, hee.”

Dalam diam, Izara Aisya mengiakan ayat terakhir Amir Hasif. Gila nak kata dia tak handsome, cakap je Patong, Confirm orang kenal dia sebagai kategori lelaki yang handsome.

***************************************
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Hubungan Izara Aisya dan Afiq Aiman semakin intim. Bagi Izara hanya Aiman yang menyinari hari-hari dia.

Layanan Aiman yang tiptop sangat memuaskan hatinya. Izara sangat menyenangi sifat Aiman yang begitu caring. Walaupun begitu, mereka tidak pernah bertemu. Izara hanya melihat gambar Aiman melalui Myspace. Dan disitulah kadangkala mereka melepaskan rindu.

Tanpa disedari, suatu hari Aiman melamar Izara supaya menjadi kekasih hatinya. Pantas Izara menerima.
Dia dan Afiq Aiman menjalani hari-hari bahagia sebagai pasangan kekasih. Bagi Izara sehari tiada khabar berita daripada Afiq Aiman, lesu sungguh harinya. Dia akui, kehadiran Afiq Aiman begitu mewarnai hari-hari remajanya.

Betul kata orang, perilaku sebelum dan selepas kita mendapatkan sesuatu takkan pernah sama.

Hari demi hari,layanan Afiq Aiman terhadap Izara semakin pudar. Terbang segala janji manis Aiman kepada Izara sebelum mereka bercouple.

Kadangkala hampir seminggu Afiq Aiman tidak memberikan khabar berita kepada Izara. Apabila Izara menelefon, diberi alasan kehabisan kredit. Malas mahu menambah nilai ataupun tidak mempunyai duit untuk menambah nilai. Mahu atau tidak, Izara Aisya menerima alasan Afiq Aiman. Kadang kala pernah juga Izara Aisya memberi kredit kepada Afiq Aiman. Bila hati dah sayang, sanggup lakukan apa sahaja.

Lama kelamaan, Izara Aisya naik muak dengan sikap Afiq Aiman. Bagai ada sesuatu yang menghasut fikirannya. Petang itu dihamburkan segala cacian dan makian terhadap Afiq Aiman. Jari runcing Izara Aisya pantas menaip sesuatu untuk dihantar kepada Afiq Aiman.

“ Buat dajal eh dengan aku. Kau ni memang s**l lahh. Aku call please angkat, kau taknak aku, tak payah la buat aku macam ni b*****t…!”

Izara Aisya berdiri sambil membuat panggilan ke Afiq Aiman.

Lama dia tunggu barulah Afiq Aiman menjawab panggilan.

“ Eh b***h apesal dengan kau. Message tak reply, call tak angkat?”

“ Apa kau ni, bising lahh.”

“ Aku tanya kenapa dengan kau. Nak break cakap break, jangan buat aku macam tunggul boleh tak?”

“ Okay fine, nak break kan? Kita break..!” Klik.

Talian dimatikan. Terkedu Izara Aisya sendiri. Sepantas itu Afiq Aiman melepaskan dia. Sejak detik itu Izara langsung tidak mendengar khabar daripada Afiq Aiman. Sesekali rindu datang bertandang. Ego yang tinggi dibiarkan memuncak. Untuk apa bercinta kalau kita seorang sahaja yang syok sendiri. Namun dalam diam, Izara Aisya sentiasa mengikuti perkembangan semasa Afiq Aiman melalui Myspace dan melarat ke Facebook sehinggalah sekarang.

“ Astagfirullah. Apesal pulak aku ingat kat mamat sepet tuh. Bengong ke apa aku ni. Takde orang lain ke apa. Baru walling je kot. Bukan dia message aku pun. Relax Izara, cool down.” Ngomel dia sendirian.


********************************************
Izara Aisya menatap skrin laptop kesayangannya. Dibaca satu persatu status rakan facebooknya sebelum meng’like’. Tak lama kemudian, muncul suara yang menunjukkan ada instant message masuk ke dalam akaunnya.

0172345678 . text me later. Ta sabar nak keluar dengan you. Btw, kawan u nanti boy or girl?

Hello, kalau boy, takkan la I nak ajak you? Tolonglahh.

Err, carikan jodoh untuk I sekali okay.

Oh boleh. Nak yang bertudung kan? Tudung labuh okay tak?

Nope. Yang macam Rara cukuplaa.

Ohh sayangnya yang macam I mana ade. Spesies I ni limited edition tahu.

Haha, really? Kalau macam tu, I kena dapatkan you jugak laaa.

Hah? Boleh ke macam tu. Whatever laaa gila.

Yes . gilakan you.

Eh, I ada kerja. Nanti esok I’ll text you okay. Bye Apek.

Sengaja Izara Aisya menamatkan perbualan. Malas nak dilayan perangai Afiq Aiman. Menjadi-jadi kalau dilayan. Kotak log out di tekan menandakan dia mahu offline.

Tidur lagi masyuk. Untung-untung weekend boleh keluar date dengan pacik sorang tuh. Bisik Izara Aisya.

***************************************
Cepat benar masa berlalu. Hujung minggu datang lagi. Izara Aisya bercadang mahu bermandi-manda di Tanjung Balau bersama rakan kolej. Namun hajatnya tidak kesampaian disebabkan ramai yang cancel last minute, akhirnya Izara Aisya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

“ Assalamualaikum, haii mak..!”

“ Eh, budak ni. Kata nak balik esok? Kenapa balik hari Jumaat pulak ni.”

“ Heee, saja je nak balik hari ini. Tak boleh ke? Merajuk lahh macam ni.” Lakon Izara Aisya sambil memuncungkan mulutnya.

“Mengada-ngada kamu adik, takkan lah mak tak suka anak mak balik rumah.”

Izara Aisya melangkah perlahan masuk ke bilik. Handphone di tangan di tatap kejap.

Nak message dia ke taknak ek, message ke tidak. Ah, nantilah. Kalau dia serious mesti dia yang cari aku nanti. Bisik Izara Aisya.

Dia sebenarnya masih ragu-ragu dengan ajakan Afiq Aiman minggu lepas. Bersediakah dia untuk berjumpa dengan Afiq Aiman. Bertahun tak berjumpa, entah apa rupanya nanti. Malu pun ada.

Baru sekejap di letak handphone di atas meja solek. Kedengaran lagu Wish You Were Here berkumandang. Menandakan ada message  masuk. Pantas Izara Aisya mengambil handphonenya.

Keypad-lock dibuka. Tertera 1 New Message From Afiq Aiman di skrin handphone Nokia X2-nya. Laju Izara Aisya membaca message tersebut. Yang tertera hanya smiley yang menunjukkan si pengirim sedang tersenyum. Pantas Izara Aisya membalas.

Apa?

Amboi, garang betul. Senyum je kot. Eh makcik, nak tak keluar lepak kejap lagi.

Boleh. On je. Pukul berapa?

Ikut you lahh. I amek you boleh?

Err, apa kata I yang amek you. Orang kampong, takut diorang kata You ni special I pulak.

Haha, OIC. Nevermind. I okay jek.

Orite babe, nanti I otw I’ll text you lah. Btw, I sebenarnya tak tahu rumah you kat mana?

Alamak, nanti you call I bila dah sampai simpang tiga Sungai Rengit okay.

Izara Aisya tersenyum lebar. Tak sabar rasanya nak jumpa Afiq Aiman. Bertahun sudah lamanya. Dan sebentar lagi dia akan mencipta sejarah berjumpa dengan seseorang yang tidak pernah dia ketemu.

*****************************************
Izara Aisya mencalitkan sedikit foundation di wajah mulusnya. Merapikannya dengan sedikit bedak dan mencalit bibir mungilnya dengan lip ice berwarna pink lembut. Dia merapikan tudung yang dikenakannya. T-shirt putih dan jeans menjadi pilihannya. Sememangnya itulah dirinya. Lebih cintakan simple dalam hari-harinya. Natural beauty yang penting bagi Izara Aisya.

Puas dengan penampilan diri, Izara Aisya pantas mengambil handphone di atas tilam. Di taip sesuatu.

“ You, I on the way ni.”

Delivered to Afiq Aiman. Tertera di skrin handphone Izara Aisya.

“Mak, adik nak keluar kejap. Pergi rumah kawan.”

“ Jangan balik lambat-lambat dik. Hati-hati bawak kereta.”

“ Alright mak, don’t worry okay. Love you, bye.”

Izara Aisya memandu keluar perlahan Peroduo Alza milik Encik Malik. Setiap kali orang melihatnya memandu, pasti akan tersenyum meleret. Sudahlah orangnya kecil, tak nak kalah bawak Alza yang besar.

Itulah yang sering orang katakan. Bagi dia, ada dia kisah dengan pandangan orang. Janji dia ada lesen. Itu yang penting.

Perjalanan dari Felda Adela ke Teluk Ramunia tidaklah memakan masa berjam-jam lamanya. Izara Aisya hanya mengambil masa 15minit untuk sampai ke persimpangan Sungai Rengit. Salah satu daerah di Kota Tinggi.

Izara Aisya memberhentikan keretanya di tepi jalan. Handphone di tempat duduk sebelah pemandu diambil. Nombor telefon Afiq Aiman di dail.

“ Hello, you I dah sampai. Seriously tak tahu rumah you area mana.”

“ Senang je. Rumah I tepi jalan. Now you kat mana? Susah-susah you tunggu tepi. I amek you okay. Nanti you follow I pergi rumah I . Okay?”

“ Alright, I tunggu you dekat Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia ni ha.”

“ Okay, tunggu I kat situ.”

Perasaan Izara Aisya semakin tak keruan. Segan, takut, malu semua bercampur-baur. Pertama kali dia merasakannya. Tak lama kemudian kelihatan kereta Mercedes Benz berhenti betul-betul depan keretanya. Kelihatan di dalam Afiq Aiman tersenyum. Diberi isyarat supaya mengikuti keretanya.

“ Eh, dah tukar kereta pulak bapak dia ni. Makin kaya lahh tu.” Ngomel Izara Aisya seorang diri.
Perlahan dia membontoti kereta Afiq Aiman. Tak lama kemudian Afiq Aiman memberi isyarat membelok ke kiri. Tahulah Izara Aisya dia sudah sampai di rumah Afiq Aiman. Diperlahankan keretanya sebelum turut memberi isyarat ke kiri.

Perasaan yang bercampur-baur hanya membuatkan Izara Aisya mampu memberhentikan keretanya di tepi jalan. Segan rasanya mahu masuk ke dalam perkarangan rumah Afiq Aiman.

Izara Aisya memerhatikan Afiq Aiman perlahan mendekati keretanya. Semakin tak keruan perasaan yang bergolak di dalam jiwanya.

Haish, makin handsome duda aku sorang ni. Bisik Izara Aisya.

2 comments:

akubest501 said...

rajin nya dia menulis....panjang tuuu...hehehe...nice...

Aisyah Hanis said...

Izara Aisya mesti cantik macam Aisyah Hanis kann?